cerita dongeng ku kini bermula…….

Latest

BERITA MTUC: PIKET BERJAYA!!!

Oleh Rizal Yob Ipoh
rizalridzuan07@gmail.com

This slideshow requires JavaScript.

KLEBANG, 03 November 2011 – Lebih 500 orang pekerja di sekitar Ipoh membanjiri kawasan hadapan bangunan MTUC Perak untuk berpiket bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di Parlimen pada 06 Oktober yang lalu. Hujan yang turun sama sekali tidak menjejaskan semangat pekerja untuk berpiket yang berlangsung di semua 18 tempat di seluruh negara secara serentak hari ini.

Piket di Ipoh ini bermula seawal pukul 5 petang dan berakhir sejam setengah kemudian dengan kebanyakan pekerja yang hadir dari kilang – kilang sekitar kawasan Perindustrian Ringan Klebang dan IGB disini. Kelihatan juga, penyertaan parti – parti politik pembangkang antaranya Pas, Keadilan dan Dap bersama – sama dengan JERIT. Piket hari juga menerima penyertaan dari ahli yang berhormat dari Parlimen AMPANG dari parti Keadilan yang turut bersama perhimpunan piket hari ini.

Wartawan dan jurugambar juga sibuk menyediakan laporan dan wawancara masing – masing dan mereka menemu bual Pengerusi MTUC Perak untuk kenyataan akbar masing – masing. Lalulintas juga agak sibuk disebabkan kebanyakan kenderaan yang melalui piket ini membunyikan hon tanda sokongan dan ada juga memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat secara dekat piket ini berlangsung.

Dalam ketika kesibukan piket ini berlangsung, penulis ditanya oleh seorang anggota polis bertugas berpangkat sarjan yang bertanya “Mane semua orang katanya ramai, ramainya melayu tapi mana yang lain”. Pihak PDRM meletakan anggotanya di sekitar kawasan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman semasa piket berlangsung.

Tiada kekecohan atau tangkapan dibuat oleh polis seperti mana dilaporkan sebelum ini diberita TV malam semalam yang menyatakan pihak MTUC perlu meminta permit untuk perhimpunan hari ini. Walau bagaimanapun, tiada tindakan menghalang piket MTUC diadakan oleh polis sehingga berakhirnya piket berkenaan.

Piket berakhir tepat jam 6:30 petang setelah Tuan Hj Fadzli Pengerusi MTUC Perak mengarahkan penunjuk piket supaya berhenti dan membubarkan piket aman pada hari ini.

HAK PEKERJA MALAYSIA DIHAKIS…

TAHUKAH ANDA !!!

PADA KHAMIS, 03 NOVEMBER 2011, sebulat suara kesatuan gabungan dalam MTUC (Malaysian Trade Union Congress) bersepakat untuk melaksanakan PIKET serentak diseluruh Malaysia sebagai bantahan terhadap kerajaan yang meluluskan rang undang – undang Pindaan Akta Kerja 1955.

Pindaan terhadap Akta Kerja ini telah dibuat di parlimen Malaysia yang mulia pada 06 Oktober 2011 yang lalu dan telah DILULUSKAN oleh ahli – ahli dewan rakyat di Parlimen.

Warga kerja di Malaysia kini TIDAK TAHU, TIDAK MAHU AMBIL TAHU, TIDAK TAHU APA ITU AKTA KERJA. Oleh itu, hak – hak kerja untuk seorang pekerja di Malaysia AMAT RENDAH. Apa yang mereka tahu IKUT SAHAJA ARAHAN MAJIKAN hingga perubahan seperti:-

  1. Majikan akan mengambil pekerja dari kontraktor untuk membuat kerja di syarikatnya.

  2. Majikan akan terlepas dari tanggung jawab. Tiada sebarang hubungan langsung di antara majikan   dan pekerja yang dilantik melalui kontraktor.

  3. Bukan itu sahaja, selepas ini, pekerja akan di ambil secara kontrak. TIADA KONSEP PEKERJA TETAP LAGI

  4. Pembayaran gaji, potongan KWSP (EPF), cuti tahunan dan sebagainya di tentukan oleh majikan

  5. Majikan boleh melewatkan dan melambatkan bayaran OVERTIME (OT) sehingga 30 hari.

  6. Jika para pekerja dalam tempoh percubaan dan kontrak diberhentikan kerja maka mereka tidak boleh menuntut untuk diambil kerja semula (REINSTATEMENT) dibawah seksyen 20. Tidak boleh fail kes di Jabatan Perhubungan Perusahaaan (IRD) lagi walaupun mereka telah dibuang kerja secara tidak sah.

  7. Pekerja tidak boleh mendakwa majikan dan menuntut diambil semula bekerja. Pekerja boleh dibuang dengan senang sekali

  8. Penubuhan kesatuan sekerja jadi lebih susah

  9. Pihak majikan boleh meminta status pengiktirafan sesebuah kesatuan dikaji balik selepas tempoh 5 tahun

Jadi saya menyeru, marilah kite berpiket anjuran MTUC ini pada 03 November 2011, demi kebajikan kita, anak – anak kita, cucu – cucu kita, cicit – cicit kita, piut – piut kita demi Malaysia yang kita sayangi.

JOMPIKET MTUC. Salam perjuang…..

Percutian Ke Swiss Garden Damai Laut Lumat Perak

Lama menyepi kini kembali…….

Hampir 5 bulan tak menulis di blog ini kini ingin paparkan kisah perjalanan Mentol Bulat sepanjang cuti sekolah yang baru melabuhkan tirainya semalam….

Kalau sahabat blog ini inginkan percutian romantis dan menenangkan kotak fikiran dan santai silalah mencuba ke sini tapi siapkanlah duit banyak – banyak sebab…..  sebab apa yekkkk……

Menariknya ke tempat ini adalah dari persimpangan jalan besar antara jalan Lumut menuju ke Pantai Remis tidak disangka adanya Hotel bertaraf 5 bintang…. siap ngan padang golf lagi tu……

Read the rest of this page »

Petua Nabi Muhammad SAW

Sebagai renungan bersama bersempena keputeraan Nabi setiap 12 Rabiulawal…..

1

Mandi Pagi sebelum subuh – Badan tak gemuk lemak – lemak dalam badan akan terurai

2

Minim air sejuk bukan peti ais – Terhindar dari penyakit (susah dapat sakit)

3

Sujud sekurangnya seminit setelah baca doa – Menghilangkan sakit kepala @ migrain

4

Makan dengan tangan dan jilat jari lepas makan – Membantu makanan kita makan dicerna dengan sempurna

Pikirkan sepanjang hayat Rasullullah baginda tak pernah SAKIT PERUT dengan mengamal petua berikut:

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH (KOKTEL) bersama SUSU

Jangan makan BUAH setelah makan NASI, sebaliknya makan BUAH dahulu dan kemudian baru makan NASI

Tidur sejam setelah makan tengahhari

Jangan tinggal MAKAN MALAM, barang siapa tertinggal makan malam PENDEK USIA

Jangan makan makanan DARAT bercampur makanan LAUT

WallahuA’lam

1432 Hijrah

Selamat Menyambut 01 Muharram 1432

(Maal Hijrah 1432 H)

Jadikan Hijrah Nabi Muhammad S A W

untuk “berhijrah” ke arah kebaikan diri

dan meniggalkan keburukan diri.

Insyaallah…

Gula Ohhhh Gule…..

Salam blogger sekalian….

Tahu tak tahu kita telah membayar Rm0.65 bagi kenaikan gula dalam tempoh setahun mulai Januari 2010 hingga kini.

Sedarkah kita dua hari sudah 03122010 sehari sebelum harga petrol Ron 95 naik dari Rm1.85 ke Rm1.90 harga gula pada paras Rm1.90 s/kg naik ke tahap Rm 2.10 s/kg?

Kenaikan ini akan berterusan kata peniaga menjelang Tahun Bari Cina Februari 2011 ke paras Rm 2.90 tanpa subsidi.

Oleh demikian, haurskah kita ikut seruan kerajaan supaya kita mengurangkan gula dalam pengambilan seharian tetapi bagaimana pula jika rakyat kurang membeli gula adakah fokus menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi akan tercapai??

Fikir – fikirkan lah… Apa pendapat korang???

Berhati-hati dengan Penyakit berjangkit

Salam sahabat blogging sekalian…

Musim cuti sekolah dan kenduri kawin kembali dan pada yang sama tanpa kita sedar atau tidak sedar kita terdedah kepada penyakit berjangkit akibat pernafasan kerana sakarang ne persekitaran keliling kita amat lembap dan sejuk mewujudkan udara yang kita sedut pun tidak sihat dan berbahaya kepada kanak-kanak dan orang tua @ warga emas.. Baru 4 hari yang sudah anak mentol bulat dari discharge wad akibat serangan lelah mengejut… apakan daya takdir menentukan…

Untuk pengetahuan semua mentol bulat baru sahaja keluar wad akibat keracunan makanan ketika dibeli di pasar malam…. Eeihh itulah yang hendak berkongsi disni berhati-hati jugak ketika membeli makanan diluar terutama di Pasar Malam, warung atau tempat makan kenduri seperti mentol bulat nyatakan di perenggan atas…

berhati -hatilah…

Ketika mentol bulat di hospital tempoh hari mentol terbaca artikal seperti dibawah semoga kekawan blog pun boleh terhindar dengan penyakit berkaitan air dan udara…

Jangkitan Kuman Di Paru‐paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

• Demam panas

• Batuk dengan atau tanpa kahak

• Sakit dada

• Tiada selera makan, tidak mahu makan

• Rasa tidak sihat, sering merengek

• Pernafasan laju atau susah bernafas •

Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanakkanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

• Pernafasan laju

• Sukar untuk bernafas

• Bibir menjadi biru

• Batuk berdarah

• Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini.Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil. Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah: • Paracetamol • Rehat yang secukupnya • Minum air yang banyak Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya: • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme) • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan) • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan) Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

sumber dari infosihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kembali setelah lama menyepi….

Hai kekawan sekalian setelah hampir lama blog saya tak “Update” saya akan muncul versi – versi terbaru tidak berapa lama lagi…

Kesibukan dan kesuntukan membuatkan idea saya tidak dilontarkan ke blog ne…

Terima kasih kepada rakan blogger yang terus memberikan semangat dan dorongan pada saya untuk terus menulis tak kala blog ini lama tak bergerak.. Dorongan anda amat dihargai..

Nantikan coret – coret saya tak berapa lama lagi….

Countdown yang Membengangkan…

Salam para bloger sekalian….


Humm…. lama tak bercerita atau menyapa blog kekawan blog semua atas sebab kesuntukan masa untuk menulis dan keletihan setelah berpuasa seharian… idea pun kadang kala “kering” disebabkan tiada peristiwa untuk diceritakan.. mungkin juga Mentol sibuk dengan melayan karenah anak – anak sering berdampingan kerana mereka gemar bergurau senda bersama ayahnya..


Ok lah rakan – rakan semua walau bagaimanapun,,,, Mentol Bulat pada kali ini hendak menceritakan peristiwa yang berlaku pada malam kita rakyat Malaysia menunggu detik 12 tgh malam “Kemerdekaan Malaysia pada umur 53 tahun”… amat membengangkan dan tidak bermaruah sebagai “Anak Malaysia”


Mentol tahu ketika kita menunggu detik 12tgh malam sebelum dan selepas itu kita lihat saban tahun di dada akhbar ada sahaja polis tangkap mat rempit, minah dan mat gebang, disko kena “rush” dan lain – lain tapi tahukah rakan sekalian jika anak muda ini buat DISKO kat kawasan perumahan…


Sewaktu saya sampai ke rumah dalam jam 6:30 petang dilihat sekumpulan anak muda sedang menghantar pesanan sms berhadapan rumah mereka yang terletak hampir 500 meter dari rumah saya… pada hemat saya mungkin mereka hantar sms pada kawan mereka atau saudara mereka tetapi dalam pukul 7:30 malam kawasan berhadapan rumah anak muda itu makin penuh dengan motosikal – motosikal dan kereta – kereta bermacam jenis.. kebayakannya kereta semua berplatkan plat “WILAYAH” dan “SELANGOR”.


Pada permulaan mereka main – main enjin motosikal dan kereta tapi mereka makin berani dengan membuka “back groud” muzik “Disko” sampai boleh dengar satu barisan rumah teres.. setika itu bilangan kenderaan yang hadir makin bertambah hinggalah ke pukul 8:30 malam munculnya pula 3 van dan 3 kereta semacam geng “Genster” turun dari kenderaan dan menuju ke rumah anak muda itu… makin kuat bunyi “back ground” muzik mereka dan ia mengganggu orang – orang di surau bertarawih…


Pada waktu sama hujan mula turun renyai – renyai dan kemudiannya makin lebat dan memberikan mereka kesempatan dan keistimewaan untuk buat “BISING TERLAMPAU” iaitu menjerit – jerit dan bersuara tinggi.. Kelihatan rumah sebelahan menyebelah hadapan dan belakang rumah anak muda yang mulanya membuka lampu kini menutup lampu seolah tidak suka perbuatan mereka itu. Mentol hanya pada mula melihat gelagat mereka terus melihat gelagat mereka hinggalah ke hampir pukul 12:00 malam gelagat mereka makin meriah tanpa mengendahkan perasaan orang sekeling…


Mentol nampak antara mereka yang dah mula mabuk dan kini mereka mula berada di tengah jalan berkata sesuatu yang “lucah” kata-kata “ancaman”.. Seketika kemudian jeritan mereka makin kuat dan serentak itu Mentol lihat mereka mula bergaduh sesama sendiri.. tendang menendang dan tumbuk bertumbuk dan dikala itu masing – masing semua disitu mengeluarkan dan memegang kayu untuk mempertahankan diri..


Yaallah apa dah jadi… demkian itu Mentol mula menelefon KPD Security iaitu Syarikat Keselamatan yang Mentol bayar utnuk menjaga keselamatan rumah Mentol kerana pergaduhan mereka sudah makin dekat dengan halaman rumah Mentol.. Tak lama kemudian seorang pengawal menghampiri rumah Mentol dan dia pun berlalu pergi setelah melihat gelagat mereka seketika…


Kenderaan yang hadir makin banyak hingga boleh “blok jalan” 2 persimpangan dan ketika itu jam tepat pukul 2 pagi suasana makin hebat dengan mereka berteriak “HAPPY BIRTHDAY” “HAPPY COUNDOWN” dan macam – macam lagi dan ada ayat-ayat mereka itu merapu semuanya… kemungkinan mereka sedang mabuk… diluar rumah mereka terus bergaduh antara satu kereta ke kereta lain seolah – olah tak ada perasaan dan ketakutan langsung memukul orang… Memang mereka sudah hilang akal kut dan ketika itu isteri Mentol menghampiri Mentol dan berkata dia tak boleh tidur ngan anak – anak sebab terlampau bising.. Anak Mentol mula tak selesa nak tidur asyik – asyik meragam je… tiulah bayangan pada malam tadi..


Pukul 4:30pagi barulah datang sebuah kereta polis untuk lihat apa yang terjadi mungkin laporan itu diterima dari KPD ataupun orang keliling kot… Polis yang melihat kejadian itu pun tak berani nak keluar kereta laaa sebab bilangan anak muda yang Cuntdown tu terlalu ramai mungkin polis tak mahu bertindak atas soal keselamatan diri… Maklumlah!!! Seketika kemudian Mentol lihat semua kereta yang hadir dan van itu beredar satu persatu lepas kehadiran polis dan ada 4 hingga 8 oarang sedang mengerumuni kereta polis berkata sesuatu…


Tak lama itu kereta polis pun beredar… dan kebisingan mereka reda seketika dan bising mereka itu “Slow-slow” lepas pukul 4:30 pagi dan ketika itu isteri sudah menyediakan juadah untuk bersahur..


Satu malam tidor pun on of….. nasib – nasib!!!


Nota:

INIKAH YANG DIKATAKAN “COUNTDOWN” MALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA

ADAKAH MEREKA INI ADA JATIDIRI SEBAGAI ANAK MALAYSIA YANG SUDAH MERDEKA???

INIKAH CARA KITA SAMBUT MAKNA MERDEKA…

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53

Catatan Sejarah akan berulang kembali….

.

.

.

.

.

.

D’ suatu ketika dahulu

Sabtu, 31 Ogos 1957

di Stadium Merdeka

.

.

.

.

Bendera Union Jet diturunkan dan dinaikan bendera Persekutuan Tanah Melayu

.

.

.

.

.

Tahun ini di sambut lagi untuk ke 53 kalinya

Tahniah Rakyat Malaysia kerana kita masih MERDEKA tapi kemerdekaan itu perlu dijaga dan digilap bermula dari….




Selamat Menyambut Hari Kebangssan ke 53

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.