Bagi kekawan yang masih ada Ayah, Bapa, Papa, Daddy, Abuya sama sekali amat seronok ketika sambutan hari bapa pada setiap kali 20 Jun saban tahun………….

Tak kiralah ia keturunan bangsa I Malaysia semua rakyat negara ini dan dunia mengiktiraf peranan seorang bapa sebagai pemimpin, pejuang, pelindung dan penasihat untuk keluarga hinggalah bila – bila.

Sungguhpun begitu, masih ramai diluar sane menyambut hari bapa ini dengan suasana sederhana berbanding sambutan hari Ibu sebelumnye. Walau bagaimanne pun masih ramai lagi merayakan detik ini dan ramai lagi yang menghargai peranan bapa dalam rumah tangga.

Hakikatnye kini, bagi mreka yang masih mempunyai bapa sayangilah bapa kite sebelum bapa kita menutup mata.

Perhatian kepada mereka diluar sane, ketika ini lampu dan mentol sudah kehilangan bapa tersayang kerana dijemput Allah kembali menemuinye………….

Al-fatihah

Gambar diambil semasa Hari Raye 2009…………

Bila kupandang wajah mu terasa kepiluan yang teramat sangat

Bila kupandang wajah mu terasa kerinduan yang teramat sangat

Bila kupandang wajah mu terasa hatiku dan minda ku teringat kata – kata ayah

Bila kupandang wajah mu terasa hatiku dibelai seperti ketika kecil ku

Bial kupandang wajah mu ku pasrah dan ku berserah kepada Allah yang lebih tahu….

Amin… semoga rahmat menyucuri kepada bapaku ABDUL HALIM B IBRAHIM