Salam sejahtera pada kekawan seangkatan dalam industri perbankan (Kerani dan bukan Kerani) harap bersabar……………….

Soalan yang diajukan oleh ahli -ahli diatas lebih menuntut bila tarikh nak naik gaji dan peratus yang akan diperolehi jika pihak NUBE dan MCBA berjaya mencapai kata sepakat dalam rundingan mereka.

Ketika ini banyak rumus – rumus liar dilontarkan oleh individu berfikiran sempit yang menambahkan kekeliruan dan menaikan rasa kurang senang ahli – ahli apabila mendengar individu terbabit bercerita. Semua ini berpunca daripada “tekanan ekonomi” yang cukup kuat dari dahulu hingga sekarang walaupun pada perspektif sejarah (50 tahun ) lampau, setiap kali perbincangan  CA selesai dan tunggakkan gaji dan bonus dibayar kepada ahli semua oleh majikan kita dan selepas itu kemarau itu kembali melanda dengan duit tak cukup – cukup jugak dalam setiap poket – poket ahli – ahli semua. Mengapa???? Kenapa ianya berlaku kerana kita perkerja bank dibayar gaji yang rendah dan tidak selaras dengan taraf  kita bekerja disektor perbankan.

Kecelaruan hebahan begini berpunca daripada ahli – ahli yang cetek ilmu dalam dunia “PERBINCANGAN BERHEMAH” yang memerlukan masa yang panjanggggggggg tidak tahu bila akan ditamatkan. Individu ini akan melambatkan lagi proses perbincangan berhemah kita kerana mereka ini suka melaga – lagakan pimpinan kita dengan ahli – ahli semua. Walau bagaimanapun “Alah bisa tegal biasa” setiap kali ada rundingan CA pasukan perundingan semestinya tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini dan kita tak perlu terlampau jauh berfikir negatif kerana ia akan merosakan kepercayaan kita pada kepimpinan NUBE.

Diingatkan kepada ahli – ahli supaya berpegang teguh kepada kepimpinan yang ada supaya ianya tidak menyempitkan pemikiran kita dalam hal ini. Ketahuilah kekawan pemimpin NUBE tidak akan mengadai maruah ahli – ahli dan mereka memang mengetahui setiap masalah ahli dari akar umbi.

Percayalah!!!!