Tags

, , , ,


Post ini hanya bertanya kepada kekawan sekalian adakah anda tahu pekara ini mula dibincangkan………

Hakikat kini pekerja di Malaysia akan berhadapan dengan situasi mencemaskan tak kala Wakil Rakyat Parlimen meluluskan rang undang – undang pada 03 Julai 2007 untuk MEMINDA 2 Akta berkaitan pekerjaan di Malaysia.

  1. AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967

  2. AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

Jika kedua akta ini ini dipinda dan dijadikan asas kepada pekerjaan di Malaysia rakyat Malaysia akan terdedah dengan tahap perlindungan HAK ASASI PEKRJA yang rendah disamping membolehkan pekerja – pekerja Malaysia DITINDAS MAJIKAN sesuka hati mereka…

Kesan kepada pekerja seperti berikut

Pertama

Jika kes pekerja kena buang dari sesuatu syarikat pekerja itu akan mendapat pampasan wang kerja selama 2 tahun servis bukannya sehingga kesnya diselesaikan di Mahkamah Perusahaan atau Mahkamah Tinggi

Kedua

Jika kes pekerja itu kena buang dari syarikatnya dan ketika itu pekerja berkenaan sudah mencapai umur 50 tahun dan kes berlanjutan hingga umurnya 55 tahun beliau hanya dapat pampasan kerja sehingga 2 tahun servis sahaja walaupun dia menag kes di mahkamah.

Ketiga

Jika seorang pekerja itu di buang kerja dari syarikatnya pihak kesatuan boleh membuat rayuan terus sebelum 21 hari ke Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Pengarah itu boleh membuat tindakan lanjut pada majikan tetapi setelah dipinda kelak pekerja yang kena buang dan tidak membuat rayuan ke Jabatan Perhubungan Persahaan pihak Jabatan berhak menolak rayuan tersebut jika pihak kesatuan gagal menulis rayuan pekerja sebelum tempoh 14 hari.

Keempat

Jika dalam tempoh penyelesaian perusahaan sebelum ke mahkamah pihak kesatuan  ada hak untuk membuat “TINDAKAN PERUSAHAAN” dikirakan perlu untuk menyelesaikan masalah ini dengan pihak majikan sebelum didengar di mahkamah tetapi jika dipinda pihak kesatuan tidak boleh melakukan tindakan perusahaan lagi.

Nota: TINDAKAN PERUSAHAAN (HANTAR POSTER/RISALAH PADA ORANG RAMAI, PAKAI LENCANA KETIKA BEKERJA, PIKET DLL)

Apa yang kita suarakan melalui laluan – laluan sesuai adalah memohon pindaan ini dikaji semula oleh kerajaan mengikut suasana buruh di Malaysia. Kesan yang kita lihat adalah dalam jangka masa panjang kerana pekerja Malaysia akan dipinggirkan oleh majikan dan banyak pekerja Malaysia berhijrah ke negara orang. Selepas ini berlambak-lambak lah pekerja asing datang ke Malaysia kerana kita dianak tirikan di tanah air sendiri dan anak-anak muda yang hendak mencari pekerjaan dibumi sendiri terpaksa bersaing dengan orang asing tambah pula HAK mereka semasa bekerja amat rendah sekali.

Ia perlu difikirkan semasak – masaknya…………