Tags

, , , , , , , , , , , , ,


Salam para bloger sekalian….


Humm…. lama tak bercerita atau menyapa blog kekawan blog semua atas sebab kesuntukan masa untuk menulis dan keletihan setelah berpuasa seharian… idea pun kadang kala “kering” disebabkan tiada peristiwa untuk diceritakan.. mungkin juga Mentol sibuk dengan melayan karenah anak – anak sering berdampingan kerana mereka gemar bergurau senda bersama ayahnya..


Ok lah rakan – rakan semua walau bagaimanapun,,,, Mentol Bulat pada kali ini hendak menceritakan peristiwa yang berlaku pada malam kita rakyat Malaysia menunggu detik 12 tgh malam “Kemerdekaan Malaysia pada umur 53 tahun”… amat membengangkan dan tidak bermaruah sebagai “Anak Malaysia”


Mentol tahu ketika kita menunggu detik 12tgh malam sebelum dan selepas itu kita lihat saban tahun di dada akhbar ada sahaja polis tangkap mat rempit, minah dan mat gebang, disko kena “rush” dan lain – lain tapi tahukah rakan sekalian jika anak muda ini buat DISKO kat kawasan perumahan…


Sewaktu saya sampai ke rumah dalam jam 6:30 petang dilihat sekumpulan anak muda sedang menghantar pesanan sms berhadapan rumah mereka yang terletak hampir 500 meter dari rumah saya… pada hemat saya mungkin mereka hantar sms pada kawan mereka atau saudara mereka tetapi dalam pukul 7:30 malam kawasan berhadapan rumah anak muda itu makin penuh dengan motosikal – motosikal dan kereta – kereta bermacam jenis.. kebayakannya kereta semua berplatkan plat “WILAYAH” dan “SELANGOR”.


Pada permulaan mereka main – main enjin motosikal dan kereta tapi mereka makin berani dengan membuka “back groud” muzik “Disko” sampai boleh dengar satu barisan rumah teres.. setika itu bilangan kenderaan yang hadir makin bertambah hinggalah ke pukul 8:30 malam munculnya pula 3 van dan 3 kereta semacam geng “Genster” turun dari kenderaan dan menuju ke rumah anak muda itu… makin kuat bunyi “back ground” muzik mereka dan ia mengganggu orang – orang di surau bertarawih…


Pada waktu sama hujan mula turun renyai – renyai dan kemudiannya makin lebat dan memberikan mereka kesempatan dan keistimewaan untuk buat “BISING TERLAMPAU” iaitu menjerit – jerit dan bersuara tinggi.. Kelihatan rumah sebelahan menyebelah hadapan dan belakang rumah anak muda yang mulanya membuka lampu kini menutup lampu seolah tidak suka perbuatan mereka itu. Mentol hanya pada mula melihat gelagat mereka terus melihat gelagat mereka hinggalah ke hampir pukul 12:00 malam gelagat mereka makin meriah tanpa mengendahkan perasaan orang sekeling…


Mentol nampak antara mereka yang dah mula mabuk dan kini mereka mula berada di tengah jalan berkata sesuatu yang “lucah” kata-kata “ancaman”.. Seketika kemudian jeritan mereka makin kuat dan serentak itu Mentol lihat mereka mula bergaduh sesama sendiri.. tendang menendang dan tumbuk bertumbuk dan dikala itu masing – masing semua disitu mengeluarkan dan memegang kayu untuk mempertahankan diri..


Yaallah apa dah jadi… demkian itu Mentol mula menelefon KPD Security iaitu Syarikat Keselamatan yang Mentol bayar utnuk menjaga keselamatan rumah Mentol kerana pergaduhan mereka sudah makin dekat dengan halaman rumah Mentol.. Tak lama kemudian seorang pengawal menghampiri rumah Mentol dan dia pun berlalu pergi setelah melihat gelagat mereka seketika…


Kenderaan yang hadir makin banyak hingga boleh “blok jalan” 2 persimpangan dan ketika itu jam tepat pukul 2 pagi suasana makin hebat dengan mereka berteriak “HAPPY BIRTHDAY” “HAPPY COUNDOWN” dan macam – macam lagi dan ada ayat-ayat mereka itu merapu semuanya… kemungkinan mereka sedang mabuk… diluar rumah mereka terus bergaduh antara satu kereta ke kereta lain seolah – olah tak ada perasaan dan ketakutan langsung memukul orang… Memang mereka sudah hilang akal kut dan ketika itu isteri Mentol menghampiri Mentol dan berkata dia tak boleh tidur ngan anak – anak sebab terlampau bising.. Anak Mentol mula tak selesa nak tidur asyik – asyik meragam je… tiulah bayangan pada malam tadi..


Pukul 4:30pagi barulah datang sebuah kereta polis untuk lihat apa yang terjadi mungkin laporan itu diterima dari KPD ataupun orang keliling kot… Polis yang melihat kejadian itu pun tak berani nak keluar kereta laaa sebab bilangan anak muda yang Cuntdown tu terlalu ramai mungkin polis tak mahu bertindak atas soal keselamatan diri… Maklumlah!!! Seketika kemudian Mentol lihat semua kereta yang hadir dan van itu beredar satu persatu lepas kehadiran polis dan ada 4 hingga 8 oarang sedang mengerumuni kereta polis berkata sesuatu…


Tak lama itu kereta polis pun beredar… dan kebisingan mereka reda seketika dan bising mereka itu “Slow-slow” lepas pukul 4:30 pagi dan ketika itu isteri sudah menyediakan juadah untuk bersahur..


Satu malam tidor pun on of….. nasib – nasib!!!


Nota:

INIKAH YANG DIKATAKAN “COUNTDOWN” MALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA

ADAKAH MEREKA INI ADA JATIDIRI SEBAGAI ANAK MALAYSIA YANG SUDAH MERDEKA???

INIKAH CARA KITA SAMBUT MAKNA MERDEKA…