Tags

, , , , , , , ,


Salam sahabat blogging sekalian…

Musim cuti sekolah dan kenduri kawin kembali dan pada yang sama tanpa kita sedar atau tidak sedar kita terdedah kepada penyakit berjangkit akibat pernafasan kerana sakarang ne persekitaran keliling kita amat lembap dan sejuk mewujudkan udara yang kita sedut pun tidak sihat dan berbahaya kepada kanak-kanak dan orang tua @ warga emas.. Baru 4 hari yang sudah anak mentol bulat dari discharge wad akibat serangan lelah mengejut… apakan daya takdir menentukan…

Untuk pengetahuan semua mentol bulat baru sahaja keluar wad akibat keracunan makanan ketika dibeli di pasar malam…. Eeihh itulah yang hendak berkongsi disni berhati-hati jugak ketika membeli makanan diluar terutama di Pasar Malam, warung atau tempat makan kenduri seperti mentol bulat nyatakan di perenggan atas…

berhati -hatilah…

Ketika mentol bulat di hospital tempoh hari mentol terbaca artikal seperti dibawah semoga kekawan blog pun boleh terhindar dengan penyakit berkaitan air dan udara…

Jangkitan Kuman Di Paru‐paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

• Demam panas

• Batuk dengan atau tanpa kahak

• Sakit dada

• Tiada selera makan, tidak mahu makan

• Rasa tidak sihat, sering merengek

• Pernafasan laju atau susah bernafas •

Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanakkanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

• Pernafasan laju

• Sukar untuk bernafas

• Bibir menjadi biru

• Batuk berdarah

• Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini.Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil. Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah: • Paracetamol • Rehat yang secukupnya • Minum air yang banyak Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya: • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme) • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan) • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan) Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

sumber dari infosihat Kementerian Kesihatan Malaysia.