Tags

, , , ,


TAHUKAH ANDA !!!

PADA KHAMIS, 03 NOVEMBER 2011, sebulat suara kesatuan gabungan dalam MTUC (Malaysian Trade Union Congress) bersepakat untuk melaksanakan PIKET serentak diseluruh Malaysia sebagai bantahan terhadap kerajaan yang meluluskan rang undang – undang Pindaan Akta Kerja 1955.

Pindaan terhadap Akta Kerja ini telah dibuat di parlimen Malaysia yang mulia pada 06 Oktober 2011 yang lalu dan telah DILULUSKAN oleh ahli – ahli dewan rakyat di Parlimen.

Warga kerja di Malaysia kini TIDAK TAHU, TIDAK MAHU AMBIL TAHU, TIDAK TAHU APA ITU AKTA KERJA. Oleh itu, hak – hak kerja untuk seorang pekerja di Malaysia AMAT RENDAH. Apa yang mereka tahu IKUT SAHAJA ARAHAN MAJIKAN hingga perubahan seperti:-

  1. Majikan akan mengambil pekerja dari kontraktor untuk membuat kerja di syarikatnya.

  2. Majikan akan terlepas dari tanggung jawab. Tiada sebarang hubungan langsung di antara majikan   dan pekerja yang dilantik melalui kontraktor.

  3. Bukan itu sahaja, selepas ini, pekerja akan di ambil secara kontrak. TIADA KONSEP PEKERJA TETAP LAGI

  4. Pembayaran gaji, potongan KWSP (EPF), cuti tahunan dan sebagainya di tentukan oleh majikan

  5. Majikan boleh melewatkan dan melambatkan bayaran OVERTIME (OT) sehingga 30 hari.

  6. Jika para pekerja dalam tempoh percubaan dan kontrak diberhentikan kerja maka mereka tidak boleh menuntut untuk diambil kerja semula (REINSTATEMENT) dibawah seksyen 20. Tidak boleh fail kes di Jabatan Perhubungan Perusahaaan (IRD) lagi walaupun mereka telah dibuang kerja secara tidak sah.

  7. Pekerja tidak boleh mendakwa majikan dan menuntut diambil semula bekerja. Pekerja boleh dibuang dengan senang sekali

  8. Penubuhan kesatuan sekerja jadi lebih susah

  9. Pihak majikan boleh meminta status pengiktirafan sesebuah kesatuan dikaji balik selepas tempoh 5 tahun

Jadi saya menyeru, marilah kite berpiket anjuran MTUC ini pada 03 November 2011, demi kebajikan kita, anak – anak kita, cucu – cucu kita, cicit – cicit kita, piut – piut kita demi Malaysia yang kita sayangi.

JOMPIKET MTUC. Salam perjuang…..