Tags

, , , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh
rizalridzuan07@gmail.com

This slideshow requires JavaScript.

KLEBANG, 03 November 2011 – Lebih 500 orang pekerja di sekitar Ipoh membanjiri kawasan hadapan bangunan MTUC Perak untuk berpiket bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di Parlimen pada 06 Oktober yang lalu. Hujan yang turun sama sekali tidak menjejaskan semangat pekerja untuk berpiket yang berlangsung di semua 18 tempat di seluruh negara secara serentak hari ini.

Piket di Ipoh ini bermula seawal pukul 5 petang dan berakhir sejam setengah kemudian dengan kebanyakan pekerja yang hadir dari kilang – kilang sekitar kawasan Perindustrian Ringan Klebang dan IGB disini. Kelihatan juga, penyertaan parti – parti politik pembangkang antaranya Pas, Keadilan dan Dap bersama – sama dengan JERIT. Piket hari juga menerima penyertaan dari ahli yang berhormat dari Parlimen AMPANG dari parti Keadilan yang turut bersama perhimpunan piket hari ini.

Wartawan dan jurugambar juga sibuk menyediakan laporan dan wawancara masing – masing dan mereka menemu bual Pengerusi MTUC Perak untuk kenyataan akbar masing – masing. Lalulintas juga agak sibuk disebabkan kebanyakan kenderaan yang melalui piket ini membunyikan hon tanda sokongan dan ada juga memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat secara dekat piket ini berlangsung.

Dalam ketika kesibukan piket ini berlangsung, penulis ditanya oleh seorang anggota polis bertugas berpangkat sarjan yang bertanya “Mane semua orang katanya ramai, ramainya melayu tapi mana yang lain”. Pihak PDRM meletakan anggotanya di sekitar kawasan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman semasa piket berlangsung.

Tiada kekecohan atau tangkapan dibuat oleh polis seperti mana dilaporkan sebelum ini diberita TV malam semalam yang menyatakan pihak MTUC perlu meminta permit untuk perhimpunan hari ini. Walau bagaimanapun, tiada tindakan menghalang piket MTUC diadakan oleh polis sehingga berakhirnya piket berkenaan.

Piket berakhir tepat jam 6:30 petang setelah Tuan Hj Fadzli Pengerusi MTUC Perak mengarahkan penunjuk piket supaya berhenti dan membubarkan piket aman pada hari ini.