Tags

, , , , , , , , ,


Kronologi Hari Tentera Merah NUBE

Jam 8 pagi hingga 12 tengahhari

Bangsar, 15hb Februari 2012 – Sorakan yang bergemuruh dalam forum Hari Perpaduan NUBE di bangunan NUBE semalan memberi Isyarat kepada pihak Maybank dan Kementerian Sumber Manusia kesalahan, penindasa dan penghakisan hak – hak pekerja di Malaysia kini meruncing seolah – olah memberi kebangkitan kepada kaum pekerja Malaysia terutama pekerja Maybank.

Forum yang yang turut disertai dengan pelbagai kesatuan sekerja Malaysia dan antarabangsa antaranya RUM (keretapi tanah Melayu) dan kesatuan dari Indonesia dan India telah memupuk semangat Solidariti yang kuat dalam peperangan NUBE menetang Maybank. Ia juga turut disertai bersama gabungan kesatuan mewakili pekerja swasta (MTUC) serta UNI-GLOBAL turut hadir memberi sokongan tidak berbelah bagi. Forum ini tamat pada jam 12 tengahhari dan selepas itu Setiausaha Agung NUBE Saudara J Solomon dan kesatuan yang hadir telah menghadiri sidang media selepas itu.

Jam 12 tengahari hingga 2 petang

Bangsar, 15hb Februari 2012 – Para kontijen diaturkan tempat oleh pihak penganjung kali ini dengan memberi tempat istirehat yang di sediakan didalam bangunan NUBE ini. Terlebih dahulu ada antara kontijen dari NUBE Kelantan, Johor dan Pulau Pinang telah sampai awal di NUBE ini dan telah beristirehat di tempat yang telah disediakan. Kesesakan timbul dengan ratusan peserta kontijen tetapi atas semangat pendekar semua kesesakan menjadi keselesaan kepada semuanya dari perhatian lampudanmentol.

Jam 2:30 petang hingga 6 petang

Kini semboyan telah diungkapkan oleh penganjur supaya bersiap sedia untuk melaksanakan tugasan “NUBE GEMPUR”. Kami telah di kawal dengan baik oleh pengawal NUBE yang mengawal baik sewaktu kami berjalan kaki ke tempat piket di Maybank Bangsar.

Perjalanan yang mengambil masa 3 km itu tidak menjadi masalah kepada kami walaupunkami berdepan dengan hujan lebat yang mencurah sepanjang piket dijalankan. Basah kuyup pun kami tetap memeriahkan karnival perpaduan ini dengan kami memegang seorang satu belon hitam yang tertera “Maybank Zalimi Pekerja”.

Perbarisan yang dimulakan oleh NUBE PKP, NUBE KT, NUBE SMJ, NUBE Ipoh dan terakhir NUBE KLSP telah melibatkan 200 orang penjuang dan pendekar NUBE yang sebenar dengan berpakaian serba merah bertemakan perpaduan.

Laungan menentang kezaliman dan penghakisan hak pekerja oleh Maybank daripada Tentera Merah telah menarik orang ramai yang lalu lalang apabila melintasi tempat piket. Kenderaan yang kebanyakan pekerja Kuala Lumpur yang baru pulang dari pekerjaan memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan masing – masing.

Piket terulung ini telah dimeriahkan lagi dengan nyanyian, tarian dan persembahan dikir barat daripada Tentera Merah telah menggamatkan Dataran Maybank Jalan Bangsar berkenaan.

Kehadiran beberapa wakil kesatuan dalam dan antarabangsa telah menutup sama andaian pihak tertentu yang berkata NUBE berseorangan dalam tentangannya melawan Maybank. Selain itu pihak polis yang menjaga baik lalu lintas dengan baik turut juga menafikan dakwaan pihak tak bertanggung jawab iaitu Maybank yang berkata lalu lintas menjadi sesak akibat tentera merah melaksanakan piket di Maybank Dataran Bangsar seperti mana kata Nora Manaf.

Saksikan kekentalan semangat pejuang – pejuang Tentera Merah melaksankan tanggung jawabnya kepada Kesatuan NUBE dan pekerja Malaysia amnya.