Tags

, , , , , , ,


Terima kasih kepada pembaca yang membaca blog saya ini moga berita NUBE dapat disampaikan dengan jelas tanpa prejudis. Kepada mereka pejuang kesatuan harus baca untuk maklumat…

24 Februari 2012 NUBE Ipoh Perak melakar sejarah tersendiri apabila warga NUBE yang turut bersama berpiket tetap turun menunaikan tanggung jawab sebagai ahli kesatuan yang mereka cintai sejak sekian lamanya. Dengan jumlah lebih 200 orang piket NUBE menunjukkan bertapa Kezaliman Maybank kepada Saudara Abdul Jamil dan Saudara Chen Ka Fatt amat sukar diterima oleh ahli NUBE yang hadir ke piket pada petang itu.

Tambahan pula piket yang turut di hadiri sendiri oleh Ahli Parlimen Sungai Siput iaitu Dr Jeyakumar dari parti PSM bersama JERIT telah menigkatkan semangat pejuang – pejuang yang berpiket tak kira lelaki atau wanita. Semua dengan satu tujuan iaitu mendesak pihak Maybank mengembalikan semula pekerjaan 2 kakitangan yang dipecatnya pada 31.01.2012 yang lalu adalah melanggar hak pekerja dalam berpesatuan.

Rakan – rakan NUBE yang turut memberikan sokongan sepanjang piket berlangsung selama 1 jam itu amat dialu-alukan antaranya Pengerusi MTUC Perak, MIEU, Perak Hanjoong Simen, RUM dan Bostard Lumut memberikan kekuatan tambahan kepada NUBE dalam menentang arus deras dari Maybank kini.

Sokongan padu dari semua pihak akan mewujudkan “Solidarity” yang akrab antara semua kesatuan lebih – lebih lagi kini NUBE bukan sahaja berseorangan tetapi telah mula mendapat sambutan di peringkat antarabangsa.