Tags

, , , , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

https://lampudanmentol.wordpress.com

Maybank Jsis, 02 Mac 2012 – Hujan renyai – renyai di tempat piket menjadi sahabat kepada kehadiran yang ramai ke tempat piket yang bermula jam 5 petang hingga jam 6:10 petang semalam. Sambutan piket terus meningkat tak kala Maybank masih membisu dalam isu pemecatan 2 kakitanganya iaitu Sdra Jamil dan Sdra Chen Ka Fatt yang merupakan pegawai tertinggi NUBE.

Jelas menunjukan bertapa solidarity antara ahli – ahli NUBE masih menebal dan ia dizahirkan dengan kehadiran pelbagai bangsa (Melayu, Cina, India dan lain-lain) seolah – olah merayakan dan menjayakan karnival perpaduan kesatuan sekerja di tempat piket berlangsung.

Laungan “Maybank Zalim”, membunyikan wisel dan jeritan pemiket telah menggamatkan suasana tempat piket sekaligus menarik perhatian oarang ramai yang berkenderaan dengan memberikan sokongan iaitu membunykan hon kepada para perserta piket semalam.

Piket aman NUBE vs Kezaliman Maybank ini turut dihadiri oleh JERIT, MTUC Perak turut sama berpiket secara aman dengan ahli NUBE yang lain manakala pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Perak iaitu En Rama turut hadir dan menyaksikan piket anjuran NUBE semalam.

Piket semalam ditamatkan pada jam 6:10 petang oleh Sdra Chen Ka Fatt Setiausaha Kehormat NUBE Ipoh dengan menyatakan penghargaan terima kasihnya kepada peserta piket semalam yang hadir memberi sokongan moral kepada NUBE dan dirinya dalam menetang Maybank kini. Akhir kata daripada beliau telah mengajak perserta piket melaungkan “Hidup NUBE” dan “NUBE GEMPUR” sebanyak 3 kali.