Tags

, , , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

rizal_ridzuan07@yahoo.com.my

This slideshow requires JavaScript.

Khamis, 08 Mac 2012 – Hujan lebat dan diselang seli pada hari ini sama sekali tidak melenturkan semangat perjuangan menentang Maybank walaupun peserta piket NUBE di Ipoh terpaksa berbasah akibat hujan yang lebat mencurah – curah ketika Maybank masih bongkak dengan pendirianya.

Pihak penganjur piket Sdra Chen Ka Fatt ketika dihubungi penulis menyatakan rasa kebimbanganya kerana hujan berlanjutan dari tengahari hinggalah piket bermula pada jam 6 petang. Sekitar pukul 6:15 petang hujan masih berterusan tetapi yang agak menarik perhatian penulis adalah “komitmen” para peserta piket datang dan melahirkan sokongan tidak berbelah bagi sudah cukup mengambarkan perjuangan tinggi peserta piket untuk menunjukkan tindakan kejam Maybank memecat Sdra Chen Ka Fatt adalah salah disisi hak pekerja.

Perbuatan itu telah mengundang banyak reaksi peserta piket yang simpati terhadap Sdra Chen Ka Fatt yang dipecat Maybank tempohari malah berang dengan tindakan Maybank yang cuba menakut-nakutkan peserta piket sebelum ini. Laungan Maybank “Zalim” dan “Kejam” menambah momentum piket pada hari ini yang turut disertai Jerit dan kesatuan lain seperti RUM dan juga MTUC bahagian Perak.

Demontrasi aman ini diakhiri dengan ucapan Sdra Chen Ka Fatt yang melahirkan perasaan terharunya kepada peserta piket dan menyeru supaya datang semula untuk berpiket pada Jumaat hadapan ketika berucap dihadapan 80 orang perseta piket yang hadir pada hari ini.