Tags

, , , , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

rizal_ridzuan07@yahoo.com.my

This slideshow requires JavaScript.

Catatan perjalanan penulis kali ini adalah menghadiri Jamuan Makan Malam anjuran NUBE Kelantan di Kota Baharu Kelantan semalam. Jamuan yang di adakan di Hotel terkemuka di Kota Baharu disini memperlihatkan komitmen AJK NUBE Kelantan untuk menjayakan Majlis gilang gemlang itu berjalan lancar, berjaya dan sempurna.

Permulaan kami dari Ipoh bermula seawal 7 pagi dari pejabat NUBE di Ipoh dan setelah itu kami 7 orang semuanya telah memulakan perjalanan dan singgah di 3 cawangan Maybank iaitu Kuala Kangsar, Lenggong dan juga Gerik. Setelah menemui ahli – ahli kita di cawangan berkenaan kami menjamu selera makan tengahari di Gerik dan sejurus kemudian kami mula merentasi pergunung Titiwangsa untuk ke Kota Baharu, Kelantan.

Setibanya kami di Banjaran Titiwangsa kami juga sempat mengambil gambar kenangan ketika disitu. Menariknya tempat itu adalah orkid liar yang tumbuh hidup subur di sekitar banjaran itu sambil orang ramai juga berpusu-pusu mengambil peluang berdamping dengan kenyamanan tempat yang sama.

Kami telah sampai di Hotel penginapan kami iaitu Hotel Paloh,Kota Baharu Kelantan pada jam 5 petang dan kami mengambil kesempatan itu untuk berehat sebentar sebelum Majlis Jamuan Makan Malam bermula jam 8 malam setelah dimaklumkan oleh pemandu arah kami iaitu En Zaini (Branch Comittee Kelantan).

Kami keluar dari hotel penginapan pada pukul 7:45 malam dan kami mengambil masa 10 minit untuk sampai ke hotel Jamuan Makan Malam itu. Sesampainya kami di Hotel itu, kami disambut oleh penyambut tetamu dari NUBE Kelantan dan hadirin di luar dewan santapan dengan mesra yang sambil menantikan ketibaan para jemputan yang hadir dan juga orang – orang kenamaan.

Pihak penganjur telah menjemput Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberikan ucapannya dan seterusnya merasmikan Majlis yang gilang – gemilang khusus untuk ahli – ahli NUBE Kelantan dan ahli – ahli NUBE dari negeri lain. Dalam ucapanya En Ahmad Fatah bin Mahmud Exco menyebutkan “Ada sinar yang menanti NUBE dalam masalahnya berkat perpaduan dan kerjasama erat antara ahli tetapi kita mestilah meneruskan perbincangan dengan majikan supaya ianya boleh diselesaikan”.

Majlis juga dimulai dengan ucapan alu-aluan Pengerusi NUBE Kelantan iaitu Srda Azhar yang mengucapkan penghargaan kepada yang hadirin yang hadir manakala Sdra Ooi Ban Hong membacakan puisinya “Jangan Mengaku Kalah” dengan bertenaga sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin sekalian.

Ia juga diselikan dengan persembahan hiburan dari penari, penyanyi tempatan dan juga persembahan taradisioanl Kelantan iaitu Dikir Barat. Tiadak juga ketinggalan cabutan nombor bertuah serta pertandingan pemakaian batek dari hadirin yang hadir. NUBE ibu pejabat juga telah menghantar kakitangannya hadir ke Majlis ini manakala jawatankuasa dan ahli – ahli dijemput dari NUBE Seremban, Ipoh, Penang dan KL juga turut hadir dalam Majlis Jamuan Makan Malam tersebut.

Tepat jam 12 malam acaran Majlis Makan Malam menuju penghujung dan hadirin yang hadir mula meninggalkan majlis dan kami menuju ke hotel semula untuk beristirehat.

Keesokan pagi, kami memulakan perjalanan balik ke Ipoh tetapi kami telah singgah bersarapan dihadapan hotel dan menikmati sejenis “kuih taradisonal Kelantan bernama “Topi mexico ataupun Akok”. Selepas itu, kami juga telah mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah untuk membeli “ole-ole” untuk dibawa pulang. Antara barangan yang kami beli adalah kain batik, keropok lekor, losong tak lupa juga baju – baju dan tudung untuk anak – anak dan isteri tersayang di rumah.

Catatan perjalanan kami berakhir pada jam 6 petang setelah kami samapi semula di rumah masing – masing.