Tags

, , , , , , , , , , , , , , , ,


Agenda pukul 9:30 pagi hingga 4:30 petang

HOTEL RIVER FRONT, IPOH 24 MAC 2012 – Kehadiran lebih 60 kesatuan berkaitan kerajaan yang berkampung di Hotel River Front Ipoh pada Sabtu 24.03.2012 yang lalu dibawah anjuran UNI APRO – MLC Malaysia telah memberikan isyarat kepada kerajaan Negeri Perak dan Malaysia bahawa suara pekerja berkaitan kerajaan wajib didengar oleh pemerintah takkala pilihanraya ke 13 hampir tiba.

Bukti kepada bilangan kesatuan bukan kerajaan yang ramai itu telah di dengar oleh MB Perak Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir dan beliau telah hadir memberi ucapan dan merasmikan persidangan berkenaan.

This slideshow requires JavaScript.

Presiden UNI – MLC Malaysia Sdra Shafie Mammal dalam ucapannya menyebutkan bilangan ahli kesatuan di bawah GLC adalah 600,000 orang dan setiap mereka mempunyai 3 orang yang boleh mengundi untuk menentukan masa depan Malaysia. Tambahnya lagi, sehingga kini kerajaan belum lagi meyatakan pendirianya keatas 4 tuntutan pihak GLC sejak 2011 pada pertemuan dengan YAB Perdana Menteri.

Kenyataan itu sekaligus mendapat respon daripada MB Perak yang beliau dan Perdana Menteri amat sensitif dengan permasalahan pekerja dan beliau berjanji akan memanjangkan tuntutan dan memorandum kesatuan lain kepada YAB Perdana Menteri supaya segala masalah tertunggak seperti yang dinyatakan diselesaikan dalam tempoh yang munasabah.

Pada hari bertuah itu, NUBE telah juga berjaya menyampaikan memorandum NUBE kepada MB Perak berhubung pemecatan dan kezaliman Maybank ketas pimpinan tertinggi NUBE iaitu Sdra Chen Ka Fatt dan Sdra Abdul Jamil melalui Timbalan Presiden NUBE Sdra Dauzkaply.

Turut hadir ke Majlis ini terdiri daripada ahli – ahli NUBE Perak berserta AJK NUBE IPOH dan tidak ketinggalan AJK NUBE PKP yang bersama dalam konvensyen berkenaan. Dalam Majlis itu, pihak NUBE telah mengedarkan risalah berkaitan “Kezaliman Maybank” kepada para tetamu yang hadir.

Ucapan sama turut dikongsi dari rakan – rakan dalam GLC seperti Telekom Serawak dan TNB (Tenaga Nasional Berhad) yang mengutuk tindakan penzaliman hak asasi pekerja kepada 2 pegawai NUBE iaitu Sdra Abdul Jamil dan Chen Ka Fatt.

Agenda pukul 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam

CENTURY HALL SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR 24.03.2012 – Bertemakan “NUBEIANS GLAMOUR NIGHT” KLSP mencatat sejarah baru pada tahun 2012 kerana berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam untuk ahli NUBE di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang ketika mereka dan NUBE berdepan cabaran sukar iaitu menghadapi “Maynue” kesatuan dalam Maybank.

Bak kata perpatah melayu “Alah bisa tegal biasa” iaitu kesatuan NUBE yang kini berumur lebih 50 tahun tetap berdiri tegak dan terus menerus mendapat sokongan ahli NUBE pada Majlis Makan Malam itu berlangsung.

KLSP juga menghidangkan juga persembahan hebat dari penyanyi tempatan dan kumpulan MAKNYAH bagi memeriahkan suasana pada malam pesta itu . Tidak ketinggalan jemputan – jemputan rasmi dari NUBE setiap negeri dari Penang, Ipoh, Seremban dan Kelantan beserta jemputan dari bank – bank, RUM union (Sdra Razak – Presiden), MTUC (Sdra Khalid Atan – Presiden) dan kesatuan yang lain.

Agenda pukul 10:00 pagi hingga 1:00 petang

BANGUNAN NUBE ibu pejabat, 25.03.2012 – Bermula jam 10 pagi sekali lagi kami hadir untuk menentukan hala tuju NUBE dalam 2nd EDC yang berlangsung di Bangunan NUBE Ibu Pejabat semalam.

Perwakilan yang hadir seluruh negara telah berbincang dan menyatakan pendirian masing – masing terutama isu Maybank dan Maynue.