Tags

, , , , , , , ,


oleh Rizal Yob Ipoh

untuk ahli NUBE sahaja

This slideshow requires JavaScript.

Semalam, Selasa 27hb Mac 2012 NUBE Ipoh telah mengadakan mesyuarat tergempar kawasan Sungai Siput khusus bagi ahli – ahli NUBE Maybank Sungai Siput kerana pada sebelah pagi mereka diserang oleh Kesatuan Dalaman Maybank (Maynue) yang cuba memperdayakan fikran dan fakta berkaitan NUBE supaya ahli disini keliru dan seterusnya mendaftar sebagai ahli Maynue.

Kehadiran sepenuhnya ahli – ahli dari Maybank Sungai Siput diketuai oleh Sdra Fuad dan Razak membuktikan mereka amat sayangkan NUBE daripada menjadi mangsa keadaan kepada Maynue. NUBE yang berumur lebih 50 tahun masih diberikan harapan untuk memperjuang nasib pekerja bank bawahan di Malaysia dan bukannya memperjuang nasib pekerja “Maybankers” sahaja kerana NUBE adalah badan tunggal yang berhak untuk berunding dengan pihak bank seperti dipetik….

Kemunculan Sdra Chen Ka Fatt telah menyampaikan butir – butir tepat keadaan dan liku – liku NUBE menetang Maybank dan permainan Maynue. Butiran yang dijelaskan adalah

  • Siapakah 2 orang Maynue di Perak…

  • Jawapan balas kepada wakil Maynue ketika berbual dengan ahli…

  • Halangan kepada pegawai NUBE tetapi tidak kepada wakil Maynue…

  • Perkembangan Collective Agreement dan pendapat Maybank berkaitan yang sama…

Mesyuarat yang berjalan hampir 2 jam itu dari pukul 5:45 petang diakhiri dengan laungan slogan “Hidup NUBE” 3 kali berturut – turut menandakan sokongan penuh kepada kepimpinan NUBE Ipoh dan Ibu pejabat tidak berbelah bagi.