Tags

, , , , , , , , ,


Rizal Yob Ipoh

This slideshow requires JavaScript.

Kuala Kangsar, Rabu 18.04.2012 – Kesejukan akibat hujan lebat lebih 4 jam terus mengambarkan perjuangan menegakkan keadilan untuk NUBE bertambah kekuatanya apabila sambutan dari setiap ahli dari bank – bank disini tidak mengecewakan kami yang hadir.

Ianya dikuatkan lagi dengan sesi soal jawab yang meningkat kesedaran ahli terutama dari Maybnak daripada senior – senior NUBE yang hadir, bertapa kepentingan NUBE perlu didahulukan berbanding kepentingan diri atau yang lain – lain. (Video disediakan…saksikan)

Perjuangan yang tiada asas seperti Maynue perlu ditolak sama sekali kerana mereka menjanjikan “Harapan tinggi menggunung” tetapi belum nampak kejayaanya lagi hanya bualan kosong. NUBE yang telah berusia 50 tahun lebih lebih berupaya untuk memberi pekerjaan selamat dan perlindungan kepada ahli dengan baik selama ini.

“Kita tidak janjikan bulan dan bintang tetapi “secure” pekerjaan di tempat kerja. Mampukah kita jika gaji kita naik RM600 atau RM1000 kita diperah – perah, diinjak – injak oleh pihak majikan kita. Tentunya, ahli akan diarah untuk buat jualan (sales) di merata tempat tanpa sempadan yang memberikan masalah kepada ahli.” menurut Sdra Osman Branch Committee Ipoh.

Sesi penerangan dari AJK NUBE Ipoh ini telah menjemput rakan – rakan dari bank – bank di kawasan Kuala Kangsar seperti CIMB Bank dan Public Bank untuk mendengar den melihat sendiri masalah utama di Maybank yang mempunyai kesatuan dalaman iaitu Maynue supaya mereka faham situasi yang ditempuhi oleh NUBE dan ahli – ahli di Maybank.

Kami terus memberikan info yang terbaik untuk ahli – ahli NUBE di serata tempat suapaya sedar tindakan NUBE kini dan selamanya