Tags

, , , , , , , ,


Rizal Yon Ipoh

one for all and all for one

Hutan Melintang, 24hb April 2012 – Berhampiran sungai yang menuju muara Anson yang tenang, kedengaran suara keyakinan ahli Maynue yang berubah hati ingin kembali ke pangkuan NUBE semakin jelas dengan hadirnya mereka lebih ramai kali ini mendengar penjelasan dan penerangan lebar daripada AJK NUBE ipoh diketuai oleh Sdra Osman sebagai tukang cakap NUBE Ipoh.

This slideshow requires JavaScript.

Sesampainya kami di Restoran D’Hentian Batu 8 ini pada pukul 6 petang kami didatangi oleh sekumpulan kakitangan Maybank berbaju kekuningan berjawatan kerani dan kebawah di ketuai oleh Sdra Mat (bukan nama sebanar) mengujakan kami ketika bilangan yang hadir lebih ramai dari perjumpaan sebelum ini pada 2 minggu yang lalu.

Kehadiran mereka seumpama memberikan nilai tambah kepada kami untuk terus berjuang takkala mereka mula meluahkan perasaan kekecewaan mereka kepada IRCnya yang bergitu baik dengan Pengurusnya sehinggakan membenarkan ejen Maynue berjumpa dan mendaftarkan setiap ahli tak kira dahulunya NUBE atau belum menyertai NUBE didaftarkan sebagai ahli Maynue. Komplot antara pengurus dan IRCnya itu telah membawa penyertaan mereka secara “tidak sengaja” dengan Maynue kerana IRCnya iaitu ejen kepada Maynue adalah individu bermasaalah dengan NUBE sebelum ini.

Perkara yang disentuh adalah mereka daftar sebagai ahli Maynue disebabkan alasan pinjaman peribadi daripada MBSB tetapi meraka tidak maklum bahawa NUBE juga mempunyai pakej yang sama dengan Bank Islam. Selain itu, mereka tidak didedahkan dengan “Hak asasi Pekerja” di tempat mereka bekerja sekarang kerana mereka yang hadir”dibuli” oleh pengurusnya yang menekan mereka secara maksimum dalam “sales dan target” sedangkan IRCnya dalam keadaan “comfort zone” bersama pengurusnya disitu.

Lanjutan penjelasan itu, meraka yang hadir dan yang lain sepakat menyertai semula NUBE kerana pada mereka, AJK NUBE Ipoh telah memberikan gambaran, bukti dan persoalan mereka telah dijawab dengan baik berdasarkan pengalaman dan pengetahuan terutama menyentuh buku “Collective Agreement”.

Tujuan NUBE Ipoh pada perjumpaan kali ini mencapai hasrat yang dihajatkan kerana berjaya membawa kembali mereka kepangkuan NUBE bersama kesedaran “Hak – hak Pekerja”.