Tags

, , , , , , , , , ,


Rizal Yob Ipoh

UNTUK AHLI NUBE SAHAJA

Pasukan Tempur NUBE Ipoh

Rabu, 16 Mei 2012 – Program NUBE Gempur kini telah menggempur saki baki pengkhianat NUBE di Maybank Tapah dan Bidor. Kami sepertimana diarah untuk berkempen keatas ahli Maynue telah disambut dengan baik oleh rakan – rakan dari NUBE yang setia manakala ahli yang mendaftar sebagai Maynue seperti “tikus takutkan kucing” melarikan diri apabila menghidu kehadiran kami.

Walau bagaimanapun setelah dipujuk dengan baik oleh ahli NUBE disini kesemua 4 orang yang menyertai MAYNUE di Tapah kembali ke NUBE dengan memberikan borang masuk semula ke NUBE. Namun begitu masih ada saki baki yang masih belum kembali ke pangkuan NUBE dan memerlukan masa untuk dipujuk mengikut kata ahli – ahli yang ditemubual seperti dalam clip video.

Ahli – ahli yang ditemuramah media NUBE yakin dan akan mempastikan mereka yang belum kembali dari MAYNUE akan kembali ke NUBE tidak lama lagi. Kata – kata itu memberikan perangsang dan dorongan kuat untuk terus menggempur kawasan lain selepas ini.

Lawatan hormat kami ini juga tidak tertumpu kepada masalah di Maybank semata mata, kami juga telah melawat bank CIMB di Tapah yang terharu dengan kedatangan kami dari Ipoh. Satu perkara yang dikongsikan disini adalah sambutan daripada penolong pengurus CIMB Tapah yang masih tidak menghentikan yuran keahlian RM11.00 walaupun telah naik pangkat hampir 10 tahun. Ia memberikan pandanganya berhubung isu In house Union di Maybank yang mengtakrifkan sebagai cubaan ANTI KESATUAN.

Sesudah sahaja kami melawat dan bertemu dengan rakan – rakan NUBE kami telah meghadirkan diri ke Mesyuarat Khas NUBE Maybank Bidor berkaitan isu dalaman cawangan terbabit. Kami yang hadir amat terkejut dengan pertelagahan antara ahli dengan ahli mengenai isu “Leads Generator”. Isu yang dibincangkan ini mendapat perhatian kami yang hadir dan kami telah memberikan pendapat masing – masing supaya perkara yang menjadi barah untuk ahli ini dipulihkan dengan cepat dengan mengesyorkan supaya IRC di Maybank Bidor dapat bertemu denga pihak pengurusan secepat mungkin. Hasilnya mereka akan berjumpa pengurusnya pada Jumaat 18.05.2012.

This slideshow requires JavaScript.