Tags

, , , , , , , , , ,


Rizal Yob Ipoh

Jumaat, 25 Mei 2012 – Semalam lebih 50 orang ahli NUBE datang beramai – ramai untuk mendengar penerangan lengkap dari Sdra Chen Ka Fatt (Setiausaha NUBE Ipoh) berkenaan Perjanjian Kolektif atau CA (Collective Agreement) yang sedang diperjuangkan di kawasan Taiping, Kemunting dan sekitarnya.

This slideshow requires JavaScript.

Mesyuarat kawasan ini bermula seawal jam 5:30 petang bertempat di Restoran Firdauz berhadapan CIMB Taiping. Rakan – rakan dari NUBE Ipoh yang tiba seawal pukul 4 petang telah juga melawat ke cawangan – cawang sekitar Taiping dan Kemunting untuk menjemput ahli – ahli NUBE untuk hadir ke sesi mesyuarat utama ini.

AJK Ipoh telah dibahagikan kepada 2 kenderaan, satu daripadanya menjemput ahli – ahli NUBE di Kemunting dan sebuah lagi menjemput ahli – ahli NUBE di sekitar Taiping. Akibatnya kehadiran ahli – ahli NUBE ke mesyuarat amatlah memberangsangkan sehinggakan penuh tempat duduk disisi oleh ahli – ahli NUBE disini.

Sdra Chen Ka Fatt telah mengucapkan terima kasihnya kepada ahli yang ramai hadir kali ini dan menjelaskan keadaan terkini NUBE menentang Maybank manakala NUBE juga berhadapan pengkhianat yang khianat kepada NUBE iaitu MAYNUE. Selain itu, Sdra Chen Ka Fatt menerangkan status terkini perbincangan Collevtive Agreement yang masuk pusingan 3 antara NUBE dan MCBA (pihak bank).

(Penjelasan lanjut sila lihat clip video disediakan penulis)

Rata – rata ahli yang hadir kesal dengan penubuhan MAYNUE yang merosakan perpaduan ahli dan juga menyekat kelancaran perbincangan Collective Agreement. Mesyuarat ini berakhir pada jam 7 malam dan diikuti sesi menjamu selera di Restoran berkenaan sebagai tanda perhargaan NUBE Ipoh kepada ahli – ahli NUBE kawasan Taiping, Kemunting dan sekitarnya.

Mengenai Maynue di Taiping pihak kami tidak menerima aduan daripada kawasan Taiping berkaitan ahli cuba menyertai Maynue tetapi hanya 1 laporan diterima dari Maybank Kemunting bahawa salah seorang kerani di situ telah menyertai Maynue ketika kerani ini masih bekerja di Kuala Lumpur sebelum beliau ditukarkan ke cawangan Maybank Kamunting. Walau bagaimanapun ahli terbabit telah masuk semula ke NUBE setelah dipujuk oleh IRC di cawangan Maybank Kamunting.