Tags

, , , , , , ,


Rizal Yob Ipoh

UNTUK PEMBACA AHLI NUBE DAN WARGA PEKERJA

14 Jun 2012, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang – Jelajah Jom Gempur NUBE Ipoh kali ini berpeluang singgah ke destinasi percutian utama rakyat Malaysia di Cameron Highland. Matlamat utama kami untuk sampai ke sini adalah untuk menarik kembali ahli NUBE dan yang belum menyertai NUBE untuk kembali ke NUBE setelah kesatuan dalaman Maybank (Maynue) berjaya mendaftarkan mereka masuk ke union tajaan Maybank itu.

Pada mulanya kami diberitakan oleh salah seorang ahli berjawatan perkeranian bahawa salahj seorang IRC mereka sedang bercuti manakala seorang lagi bercuti bersalin. Oleh kerana demikian, setibanya kami dipintu hadapan bank kami terpaksa menunggu seketika sehinggakan datang salah seorang pegawai bertanyakan apa tujuan kami untuk mencari sesiapa di Maybank Cameron Highland.

Setelah diterangkan, kami dibawa masuk oleh seorang kerani masuk ke “banking hall” dan terus kami disapa oleh pengurus Maybank Cameron Highland iaitu En Suresh. Soalan yang ditanyakan olehnya adalah cawanganya ada mempunyai masalah dengan NUBE. Seterusnya beliau dalam nada sinis memberitahu ketua kumpulan NUBE Ipoh Gempur supaya tidak memanggil kakitangannya yang belum “confirm” kerja untuk hadir ke mesyuarat NUBE pada petang itu. Beliau menyatakan bahawa hanya 5 orang sahaja yang boleh hadir ke mesyuarat berkenaan.

Melalui salah seorang kerani disitu beliau memaklumkan bahawa pengurusnya itu membenarkan pihak NUBE Ipoh untuk menggunakan temapt mesyuarat di tingkatkan atas untuk tujuan mesyuarat NUBE bersama ahli-ahli NUBE. Walau bagaimanapun kami dimaklumkan selepas itu builik mesyuarat berkenaan tidak boleh digunakan disebabkan penuh dengan barang – barang.

Oleh kerana itu, ketika jam menunjukkan 5;30 petang kami disyorkan oleh kerani – kerani disitu supaya mesyuarat dapat dijalankan di Restoran bersebelahan dengan Maybank. Pada mulanya kami mengjangkakan hanya 2 hingga 5 orang sahaja yang hadir tetapi keadaan terjadi sebaliknya. Sehingga lewat jam 6 petang bilangan pekeranian yang hadir semakin lama semakin ramai sehingga mencecah angka 18 orang. Ia amat mengujakan kami berlima terutama kehadiran salah seorang pegawai dari Maybank Cameron Highland turut serta di dalam mesyuarat khas ini. Belaiu yang baru dinaikan pangkat bulan Mac tempoh hari adalah bekas IRC NUBE di cawangan Maybank Cameron Highland.

Dari pengamatan penulis rata – rata pekeranian yang hadir adalah kakitangan baru untuk Maybank di Cameron Highland dan ada antara mereka mengatakan mereka tidak tahu maksud NUBE dan Maynue. Ketika mendaftar sebagai ahli Maynue mengikut kata salah seorang mereka yang hadir, beliau mendaftar atas dorongan kawan – kawan yang lain dan tidak juga terpedaya dengan janji pihak Maynue yang menyediakan tawaran pinjaman peribadi dengan MBSB. Menurutnya lagi, kadar pinjaman asas yang ditawarkan oleh MBSB amat tinggi dan tidak mampu baginya untuk membayar pinjaman itu nanti.

Kesempatan ini dipergunakan oleh pasukan NUBE Ipoh yang diketuai oleh Sdra Ahmad Damanhuri dengan mejelaskan dengan terperinci kebaikan dan kelabihan NUBE berbanding seterunya. Jelas mengambarkan dari raut wajah mereka keyakinan pada NUBE mula timbul akibat penjelasan serta pemberian risalah NUBE Ipoh Gempur kepada yang hadir. Serentak itu juga mereka dengan rela hati mendaftar balik menyertai NUBE tanpa sebarang syarat dikenakan.

Kami yang hadir hari ini sungguh berbangga kerana kami berjaya menawan kembali keseluruhan Maybank Tanah Rata Camron Highland kembali meneyrtai NUBE walaupun kami terpaksa bersusah – payah untuk sampai melebihi jarak dan masa 2 jam perjalanan untuk sampai ke tanah tinggi berkenaan.

Mengikut rekod lepas pihak kesatuan dalaman Maybank (Maynue) sudah merekrut ahli – ahli NUBE untuk menyertai mereka dengan bantuan pengurusnya En Sureah. Walau bagaimnapun dakwaan itu dinafikan oleh En Sureah seperti mana laporan yang diterima kami melalui Setiuasha NUBE Ipoh Sdra Chen Ka Fatt.

Maynue kesatuan dalaman Maybank kini telah digantung dari segala aktiviti kesatuan mereka oleh Mahkamah. Oleh demikian, mereka tidak boleh mengutip segala yuran – yuran bulanan keahlian buat masa ini dan segala aktiviti kesatuannya dibekukan.