Tags

, , , ,


Selasa, 19 Jun 2012 SETIAWAN – “ABM kata kat aku suruh kita buat meeting kat luar sebab Region Ipoh tak benarkan kita buat meeting members kat sini” kata – kata itu merujuk kepada kenyataan AJK NUBE Ipoh yang dimaklumkan kepada ketua kumpulan NUBE IPOH TEMPUR dari arahan diterima dari ABM di bank berkenaan.

Untuk pengetahuan pembaca semua, ketika kegembiraan dan keceriaan diperolehi di Cameron Highland sebelum ini, malapetaka pula menimpa kami disini. Kami diarahkan meninggalkan “banking hall” dengan segera ditambah ahli – ahli yang hadir terkejut dengan tindakan pengurusanya itu.

Sebelum itu, kedatangan kami disambut dengan kecerian ahli dan pegawai di bank ini dan tidak sama sekali kami menyangka penghormatan diberikan itu dibuat sebegini. Kami juga telah memaklumkan kepada pengurus bahawa NUBE dan ahli akan bermesyuarat di dalam bank selepas waktu kerja 5:45 petang dan maklum balas yang diterima, kami dibenarkan bermesyuarat bersama ahli tetapi sebaliknya berlaku mesyuarat kami disekat.

Namun sebegitu, kami tidak melatah dengan membalas perbuatan majikan itu tetapi kami tetap meneruskan mesyuarat di kedai makan dan minuman di sebelah bank berkenaan.

Kepada semua pembaca yang budiman, melihat kepada tindak tamduk daripada pihak majikan seperti ini perlukah warga pekerja bank menghalalkan sebarang tindakan majikan bank seperti mana NUBE Ipoh gempur alami. Saya juga ingin mengajak para pembaca supaya meneka siapakah majikan ini?

Sila TEKA…

Hantarkan jawapan ke email rizalridzuan07@gmail.com