Tags

, , , , , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

Rabu, 20 Jun 2012 (Wisma Chin Woo Ipoh) dikemaskini pada jam 9:30 pagi @ 24.06.2012 – Lebih 300 orang hadir ke Majlis Mesyuarat Khas NUBE Ipoh bersama Setiausaha Agoung NUBE Sdra J Solomon berkaitan Collecvtive Agrement antara MCBA/NUBE yang sedang diperjuangkan oleh NUBE kepada bank.

Penjelasan dan penerangan yang mengambil masa lebih 2 jam itu di sampaikan oleh Sdra J Solomon dengan tekun dan mendapat perhatian utama ahli – ahli yang hadir. Sdra J Solomon dalam kandunngan ucapannya mengambarkan bahawa kedegilan, keangkuhan dan berdolak dalik pihak bank dalam perbincangan CA kerana pihak bank tidak ikhlas untuk berbincang dengan serius dengan pihak NUBE.

Olehkerana itu, pihak NUBE terpaksa berhenti berbincang “DEADLOCK” dengan pihak bank yang suka melambat – lambatkan proses perbincangan seolah – olah pihak bank mempunyai niat buruk terhadap NUBE dan ahli – ahlinya.

Respon daripada ahli juga amat memberangsangkan iaitu ramai antara mereka hadir memberikan maklum balas positif dan mencadangkan kepada NUBE supaya cadangan serta maklum balas mereka di nilai. Kebangkitan ini memperlihatkan NUBE masih relevan terhadap ahlinya walaupun NUBE berdepan dengan pelbagai masalah sebelum ini.

Walaupun NUBE sudah berusia 54 tahun namun NUBE masih menjaga kebajikan ahli – ahlinya tanpa mengurangkanya dan dalam masa yang sama mempertingkatkan perlindungan dan kebajikan tanpa menggadai maruah NUBE.

“Pekerja Kuasa Perubahan….Utamakan Hak Pekerja”

Laporan NUBE Ipoh Gempur untuk Berita NUBE