Tags

, , , , , , ,


Rizal Yob Ipoh

26 & 27 Jun 2012 (Selasa/Rabu) – Titian perjalanan kami kali ini dimulakan dengan penindasan dan pemulauan @ Boikot daripada majikan dan rakan sekerja keatas ahli NUBE yang menerima akibat daripada kesalahanya ketika menjalankan tugas sebagai juruwang.

(Pembaca boleh meilhat video “YouTube” yang disediakan)

Apa yang ingin disampaikan oleh penulis adalah hukuman daripada majikanya yang belum lagi dilaksanakan namun seluruh tempat kerjanya telah memboikotnya sebaik sahaja berita tersiar ditempat kerjanya kononya beliau telah MENIPU.

Menurutnya ketika ditemubual adalah beliau yang masih bujang tetapi mempunyai tanggung jawab berat menjaga dan memelihara bapanya yang lumpuh dan ibu yang telah lanjut usia tidak menyangka sama sekali majikanya yang selama ini disanjungi telah menindasnya tanpa memikirkan sumbanganya selama ini.

Menghambakan diri sebagai kakitangan selama 18 tahun dengan mengorbankan masa kerja lebih masa “OVERTIME” termasuk menjalankan tugasan SALES untuk cawanganya tidak cukup untuk melepaskan dirinya daripada pertuduhan cuai daripada majikanya melalui Audit Dalaman atau Pegawai Perusahaan majikan yang akan menyiasat untuk dirinya tanpa dipedulikan oleh bosnya atau rakan – rakan sekerja.

Walau bagaimanapun, NUBE Ipoh akan terus beri khidmat terbaik dengan pendapat, pandangan dan nasihat sebaiknya keatas ahli ini kerana beliau berada di dalam kesusahan.

Dalam keadaan berkaitan kami juga telah melawat beberapa cawangan bank – bank sekitar daerah HULU Perak ini seperti Maybank Gerik, Maybank Pengkalan Hulu dan CIMB Gerik untuk bertemu ahli NUBE.

Pada Selasa 26.06.2012 kami telah melawat dan bermesyuarat bersama ahli – ahli NUBE dari Maybank Pengkalan Hulu yang amat gembira dan teruja kedatangan kami setelah rombongan terakhir yang sampai iaitu 10 tahun yang lepas. Sebelum ini menurut Sdra Khairul IRC Maybank Pengkalan Hulu beliau sering mendapat berita dan maklumat melalui telefon ke NUBE Ipoh dan AJK cawangan di zonnya.

Mesyuarat hampir sampai ke pukul 9 malam itu menceritakan perjalanan CA yang Deadlock dan pelbagai isu yang timbul. Untuk perhatian pembaca, jarak sehala perjalanan yang kami tempuhi dari Ipoh ke Maybank Pengkalan Hulu adalah 250 km dengan masa perjalanan dicatatkan adalah 3 jam 15 minit.

Kami telah menginap di sebuah hotel di Pengkalan Hulu yang tidak jauh daripada Bandar Betong, Thailand kurang daripada 10 km dari tempat kami menginap. Namun akibat kesuntukan masa kami tidak menyeberang ke negara jiran Thailand tetapi terus ke destinasi NUBE GEMPUR di Gerik.

Sesampai kami di Gerik pada Rabu 27.06.2012 jam 2 petang, kami terus ke CIMB Gerik dan berjumpa ahli – ahli NUBE di CIMB Gerik. Kedatangan kami telah mengejutkan ahli – ahli kesemuanya kerana kedatangan kami tidak dimaklumkan kepada mereka. Kesempatan ini telah kami gunakan dengan bertemu timbalan pengurus CIMB Gerik En Khairol. Pertemuaan perkenalan NUBE Ipoh bersama pengurusan CIMB Gerik telah membincangakan pelbagai perkara dan terpenting sekaligus memperbaiki dan mempertingkat keharmonian perusahaan antara pengurusan CIMB Gerik dan pengurusan NUBE Ipoh serta mengeratkan hubungan pengurusan CIMB Gerik dan ahli – ahli NUBE di CIMB Gerik.

Setelah itu, dalam jam 4:20 petang kami juga berpeluang bertemu muka dengan pengurus di Maybank Gerik yang mengalu – alukan kedatangan kami ke cawangan barunya yang baru dibuka 2 minggu yang lalu. Kami telah menemui beberapa orang ahli NUBE di Maybank Gerik sambil menyatakan kami berhajat untuk bermesyuarat bersama mereka pada jam 6:00 petang.

Matlamat Jom NUBE Ipoh Gempur hampir sampai ke matlamat sebenar untuk bertemua ahli sambil merapatkan hubungan silaturrahim dalam keluarga besar NUBE Ipoh.

Laporan Gempur untuk Berita TV NUBE…