Tags

, , , ,


Sungai Siput, 03 Julai 2012 – Kehadiran memberangsangkan ahli – ahli NUBE di sini amat mengembirakan kami yang hadir walaupun tempat bermesyuarat tidak selesa  kerana bunyi bising kenderaan lalu – lalang berikutan restoran D’Villa tempat diadakan mesyuarat kawasan NUBE Ipoh bersama ahlinya ini kurang 4 meter dari Jalan Besar Sungai Siput. Kami terpaksa bercakap kuat supaya hadirin yang hadir boleh mendengar apa yang kami sampaikan.

Akibat tertekan pegawai dari Maybank sanggup mengetuk pintu tandas supaya ahli yang pergi membung air kembali ke kerusi “teller” dengan segera supaya boleh melayan pelanggan dan seterusnya menekan nombor giliran bersama – sama pegawai terbabit menekan nombor QMS memanggil pelanggan. Ini disebabkan arahan pengurus Maybank supaya sistem QMS dijaga supaya “ranking” Maybank Sungai Siput tidak tercorot di dalam Malaysia.

Jika sekiranya seorang “teller” jatuh sakit dan beroleh Medical Leave (MC) daripada doktor merawatnya pihak Maybank Sungai Siput akan bertanyakan soalan – soalan yang memalukan kepada ahli NUBE kita dan dikatakan Timbalan pengurus atau pegawainya akan pergi ke rumah ahli NUBE yang “MC” untuk bukti pengesahan kakitanganya sudah jatuh sakit.

Demikian itu, pihak kami menyarankan kepada mereka di Maybank supaya memfailkan aduan rasmi kepada NUBE Ipoh dengan segera supaya kejijikan tindakan Maybank Sungai Siput dapat dihentikan serta merta.

Ianya menyerupai isu yang timbul di Public Bank Sungai Siput yang mana hampir semua teller yang hadir telah mengalami kes “shortage” berulang kali dalam tahun yang sama akibat mengejar QMS. Jika dilihat di dalam mesyuarat ini, tekanan yang amat dirasa ialah ahli – ahli NUBE yang baru menyertai bank dalam 3  tahun kebawah seolah – olah mereka dibuli tanpa pembelaan.

Pihak pengurusan tidak menganggu kakitangan seniornya tetapi golongan muda dan pengalaman kecil di permain – main oleh pengurusan Maybank dan Public Bank Sungai Siput.

Mesyuarat yang berakhir pada jam 9 malam itu mencapai matlamat kami dan ahli di Sungai Siput serta ahli disini berjanji akan mengubah nasib mereka supaya tidak lagi ditindas. Dalam perkembangan sama, pada hari ini juga kami telah melawat juga ahli NUBE di Maybank Klebang dan Chemor sambil kami telah berkesempatan berjumpa 2 orang pengurus cawangan di Public Bank Chemor dan juga Maybank Sungai Siput.

Laporan Gempur untuk berita TV NUBE

(QMS – Queue Management System)