Tags

, , , , ,


Rentetan 1 – (Lawatan ke Kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Siput 16.07.2012)

Sungai Siput 16 Julai 2012 (8:30 malam, Restoran Aziz Tomyam) – Mengejutkan daripada aduan diterima daripada Puan Salalia, ibu kepada 3 anak yang menyatakan kekecewaanya berhubung tindak tanduk pengurusnya tidak membenarkan cuti tahunan diambil dalam bulan puasa.

Seterusnya menceritakan detik pertelingkahan antaranya dengan pengurusnya beliau menitiskan air mata ketika penulis dihubungi olehnya tempoh hari pada jam 4:30 petang hari sebelum perjumpaan ini pada 13.07.2012. Berikutan itu, penulis terus mengadakan perjumpaan dalam hari ini 16.07.2012 di Restoran Aziz Tomyam bersama suaminya En Aziz yang turut dijemput bersama dalam sesi ini.

Menyedihkan dan marah dengan tindakan pengurusnya itu, hinggakan kami tidak mampu mencelah ketika hendak bertanya soalan kepadanya. Ianya juga mendapat   perhatian orang sekeliling di dalam restoran itu seolah – olah Kak Lia ini ingin melepaskan geram kesumat di dalam dadanya terhadap pengurusnya dakwanya lagi.

Beliau yang telah memohon cuti sejak awal bulan Julai 2012, terkejut teramat apabila Penolong Pengurusnya menyatakan cutinya tidak diluluskan dan perlu berjumpa dengan pengurusnya. Hatinya yang tidak selesa itu telah berjumpa dengan pengurusnya dan sekali lagi pengurusnya mengatakan cutinya “Decline” disebabkan tiada staff boleh “relief” kerja – kerja akaunnya.

Ketika itu berlakulah ketegangan antaranya dan pengurusnya hinggakan pengurusnya mengeluarkan kenyataan “Awak seorang staff yang kurang ajar”. Akibat itu, Kak Lia amat marah lalu mewujudkan suasana amat tegang antaranya dengan pengurusnya yang didakwanya amat sombong dan bongkak itu.

Demikian itu, kami menasihatkannya supaya menyusun langkah perlu dalam pertemuan antara NUBE Ipoh Gempur bersamanya meskipun status cutinya belum diketahui keadaannya sama ada lulus atau tidak lulus.

Keesokan harinya, penulis mendapat berita ketika dihubungi dengan telefon oleh Kak Lia yang menyatakan bahawa pengurusnya telah meletakkan seorang pegawai di jabatanya akaun untuk menolong tugasanya dan serentak itu beliau lega walaupun pengurusnya tidak berkata apa – apa, beliau yakin cutinya akan diluluskan di dalam bulan Ramadhan ini kerana tugasanya boleh diserahkan kepada pegawai sejak ketiadaanya nanti.

Sekian Laporan NUBE Ipoh Gempur.