Tags

, , , , ,


Rentetan 2 – (Rangkuman Lawatan NuBe Ipoh Gempur ke Kuala Kangsar dan Sungai Siput 16.07.2012)

Kuala Kangsar 16 Julai 2012 (3:40 petang) – Sebuah bank disini ingin melaksanakan waktu kerja awal seawal 8:30 pagi setiap hari Jumaat setiap minggu iaitu 15 minit awal daripada sepatutnya 8:45 pagi seperti mana terkandung di dalam perjanjian Kolektif antara MCBA/NUBE.

Selain itu, pengurus juga memetik bahawa kehadiran seawal 8:30 pagi, kesemua staff tidak dibenar membuat tuntutan OT (Overtime) . Ini telah menimbulkan keresahan kepada ahli NUBE di bank tempatan berkenaan dan terus menghubungi NUBE menerusi penulis untuk mendapat khidmat nasihat.

Hasil daripada aduan berkenaan, pengadu telah memaklumkan kepada CA (Confidential Asst) bahawa pihaknya mahukan sesalinan fotostat memo yang telah ditandatangani oleh staff untuk rekod simpanan IRC (Inter Relation Committee).

Berikutan itu, pihak pengurusan bank terbabit “berdiam diri” apabila diajukan permintaan berkenaan dan memo yang sepatutnya di tandatangai itu tidak dilaksanakan. IRC itu melaporkan perkembangan tebaru ini kepada NUBE Ipoh Gempur sewaktu kunjungi kami pada hari berita ini ditulis.

Laporan Gempur untuk NUBE Ipoh