Tags

, , , , , ,


Rentetan 3 – (Rangkuman dan Lawatan NuBe Ipoh Gempur ke Kuala Kangsar dan Sungai Siput 16.07.2012)

Kuala Kangsar 16 Julai 2012 (4:00 petang) – Skuad Nube Ipoh Gempur sempat singgah di sebuah bank terutama negara mengenai “Grievance” yang dibuat oleh salah seorang ahli NUBE terhadap pegawainya yang didakwa menimbulkan kemarahan pegadu kerana memarahinya di hadapan pelanggan bank.

Akibat itu, penagdu telah memfailkan aduan rasmi kepada pengurusnya supaya pihak pengurusan dapat mengatasi masalah kelakuan buruk pegawainya itu. Berikutan itu, atas tindakan cepat pihak pengurusan memanggil kedua – dua pihak berbincang, isu ini dapat diselesaikan dengan si pengadu menerima penjelasan pihak pengurusan yang meminta maaf bagi pihak pegawainya itu.

Dlam pertemuan kami dan pengurus di bank terbabit, pengurus menyatakan kepada skuad NUBE Ipoh Gempur bahawa wujud salah faham dalam berkomunikasi  disamping kekurangan staff pada masa dan ketika kejadian berlaku. Maka itu, sebagai pengurus beliau sedar bahawa staffnya bekerja dibawah tekanan.

Salah faham itu tejadi akibat pengadu (teller) memberikan borang buka akaun kepada pegawainya tetapi pegawai berkenaan mengeluarkan kata – kata yang menyinggung perasaan pengadu. Sebelum itu, penolong pengurus telah mengarahkan pegawai di bank terbabit supaya menolong teller untuk membuka akaun akibat daripada kekurangan teller pada hari kejadian.

Laporan Gempur untuk NUBE Ipoh