Tags

, , , , ,


Rentetan 4 – (Rangkuman dan Lawatan NuBe Ipoh gempur ke Kuala Kangsar dan Sungai Siput 16.07.2012)

Kuala Kangsar, Maybank 16 Julai 2012 (4:30 Petang) – Perjumpaan kali merupakan lanjutan pertemuan antara NUBE Ipoh Gempur bersama ahli – ahli Nube di Maybank Kuala Kangsar. Kisah mereka yang mendapatb perhatian semula selepas ramai antara mereka menyertai Kesatuan Dalaman itu mengajak kami untuk lebih dekat dengan mereka.

Pada kali mereka masing – masing turun untuk mendengar berita NUBE terutama berhubung perjanjian Kolektif yang telah “Deadlock” tempoh dan kesan – kesannya. Selain daripada itu, mereka juga melontarkan beberapa soalan berhubung isu OT (Overtime) dan “Sales” dan pekerjaan.

Berkaitan isu OT disini, pihak gempur menerima laporan iaitu pihak Maybank sedang giat untuk mengemaskini data Specimen card untuk Akaun Saving’s untuk dimasukkan ke dalam sistem SVS. Program yang berjalan serentak seluruh negara itu menuntut pekerja mengemaskini kad – kad tersebut sebelum pihak “luar” memasukan data ke dalam sistem Maybank. Oleh kerana itu, ahli Nube terbabit dalam aktiviti ini.

Persoalan mereka rata bertanyakan bahawa mereka ingin menolak OT (Overtime) ini atas sebab tidak mahu bekerja di bulan puasa kerana ingin balik ke rumah awal untuk persediaan berbuka puasa dan seterusnya bertarawih pada sebelah malam. Kami menyatakan kepada mereka supaya perkara ini dapat dibincangkan dengan pengurusan mereka serta nyatakan sebab – sebab mereka itu.

Bagi pihak NUBE tiada halangan jika seseorang itu hendak OT (Overtime) tetapi jika  seseorang menolak OT (Overtime) diminta memberikan sebab munasabah kepada pengurusnya. Dalam hal ini, pihak pengurusan juga tidak seharusnya bertindak secara paksa dan pihak pekerja juga tidak boleh menolak bulat Рbulat jika ada kerja lebih waktu selepas waktu kerja biasa.

Tugasan jualan pula (Sales) tidak memberikan impak besar kepada ahli – ahli di Maybank Kuala Kangsar. Sehingga laporan ini ditulis tiada kekecohan atau pun ketidak puasan hati antara ahli dengan ahli atau pun pegawai dengan ahli. Miskipun pihak pengurusan mereka menggalakan ahli NUBE di Maybank Kuala Kangsar membuat tugasan sales tetapi pihak pengurusan tidak memberikan tekanan terhadap perkara ini.

Laporan Gempur untuk NUBE Ipoh