Tags

, , , ,


Rentetan 5 – (Rangkuman dan Lawatan NUBE Ipoh Gempur ke Kuala Kangsar dan Sungai Siput pada 16.07.2012)

Kuala Kangsar 16 Julai 2012 (4:45 petang) – “Saban tahun bonus kami dipotong walaupun kami dapat ratting tinggi, kalo dapat ratting 4 ke atas pun akan dipotong jugak kalo sampai ke RM” kata salah seorang IRC disini.

Kata – kata itu merujuk kepada diskriminasi yang wujud saban tahun di bank ternama di Malaysia yang plopor baru kepada sistem KPI (Key Performance Indicator). Memasukkan semua jumlah jualan ke sistem PMS (Performance Management System) ini belum lagi menjanjikan bonus prestasi yang lebih bahkan dipotong dari nilaian yang dilakukan oleh pegawai.

Walaupun mereka disitu melaksanakan tugasan sales dengan baik dengan ratting melebihi 4 tetapi jika cawangan tidak sampai “target” semua mereka tidak dapat apa yang istimewa iaitu bonus tambahan.

Baginya sistem PMS berkenaan tidak mencerminkan prestasi diri dan rakan – rakannya yang telah bertungkus lumus untuk menaikkan keuntungan syarikat. Beliau memohon pihak NUBE dan pihak bank ini berbincang semula demi memulihkan driskriminasi yang telah terjejas akibat sistem PMS.

Laporan Gempur untuk NUBE Ipoh