Tags

, , , , ,


Rentetan 6 – (Rangkuman Lawatan NuBe Ipoh Gempur ke Parit Buntar)

Parit Buntar 17 Julai 2012 (4:00 petang) – Kemunculan kami disambut baik oleh pengurus dan ahli NUBE yang gembira kehadiran kami di bank ini. Sambutan yang sebegini jarang kami temui ketika NUBE masih bermasalah dengan bank ini.

Setibanya kami disini, kami telah berjumpa pengurus dan berbincang secara efektif berkenaan suasana pekerjaan dengan meluas di cawangan berkenaan. Perbincangan tersebut tidak terhenti di dalam bilik pengurus tetapi selepas itu disambung diluar biliknya bersama IRC di bank tersebut.

Menceritakan dengan lanjut disini, IRC di bank ini dengan inisiatifnya telah menelefon bank – bank berdekatan yang memaklumkan kehadiran kami ke kawasan Parit Buntar. Dalam masa yang sama, beliau juga memberitahu pihak kami akan menjalankan mesyuarat pada sebelah petang pada jam 5 Petang di salah sebuah Restoran di Parit Buntar.

Laporan Gempur untuk NUBE Ipoh