Tags

, , , ,


Parit Buntar, 17 Julai 2012 (4:30 petang) – Kehadiran kami di bank tempatan yang segah namanya disambut dingin oleh seorang pegawai bahagian jualan yang memandang kami seperti “buaya ingin membaham mangsanya”.

Apa tidaknya, dengan reaksi spontan seolah ingin mencari masalah dengan kami bersama muka ketatnya semacam ingin mencari jalan pergaduhan. Bersama soalan – soalan ranggi seperti “You all tak kerja ke hari ini!!!”, “Buat apa datang kemari” dan lain – lain sudah cukup mengambarkan bertapa ia seorang yang tidak profesional sebagai seorang pegawai jualan.

Walau bagaimanapun keadaan itu tidak lama kerana kami dijemput baik oleh IRC di situ yang menghargai dan teruja dengan kehadiran kami. Ditanya ketika penulis memaklumkan kepada IRC disitu sememangnya pegawai berkenaan berkelakuan kurang sopan terhadapnya dan staff lain. Menurutnya lagi, perbuatan sedemikian juga pernah terjadi keatasnya tetapi telah dibaiki semula dengan kebijaksanaan pengurusnya.

Perangai pegawai itu makin menjadi – jadi sejak kebelakangan ini disebabkan kesombonganya mendapat salah seorang pegawai terbaik dari segi jualan. Tambah pula beliau mempunyai satu hobi kesukaan iaitu suka “menjatuhkan orang” yang lebih sikit daripadanya.

Ketika pihak kami sedang berbincang mengenai perjumpaan petang tersebut, pengurus disitu menyedari kehadiran kami dan terus menjemput kami masuk ke dalam baliknya. Dalam perbincangan tersebut kami memperkenalkan barisan NUBE Gempur Ipoh dan pihak pengurus melakukan sebaliknya serta mencapai keharmonian baik antara kesatuan sekerja dan pihak pengurusan.

Laporan Gempur untuk NUBE Ipoh