Tags

, , , ,


Rentetan 8 – (Rangkuman dan Lawatan NuBe Ipoh Gempur ke Parit Buntar 17.07.2012)

Parit Buntar, 17 Julai 2012 (4:45 petang) – Sudah le tak diberi masuk ke dalam bank oleh pengurus, ahli NUBE juga tidak bibenarkan keluar dari bank untuk berjumpa kami seketika diluar bank hingga ke pukul 5:45 petang. ini disebabkan alasan bahawa pengurus sedang BERMESYUARAT.

Walaupun tidak dibenarkan, ahli yang menyedari kehadiran kami keluar juga dari bank itu berjumpa kami di perkarangan kaki 5 bank. Dari situ setiap inci persoalan mula keluar dari mulut IRC dan members yang telah di BULI hebat sejak 2 tahun yang lalu.

Kami yang mendengar terkejut dengan keadaan tersebut dan membongkar sebenar masalah yang dihadapi ahli disini. Sumber menyatakan pengurus yang BERKUKU BESI itu tidak mempedulikan, tidak memelihara serta tidak peka dengan masalah staffnya. Pengurus ini boleh melakukan tindakan sesuka hatinya serta memaki hamun, meninggikan suara dihadapan pelanggan bank.

Selain itu, ahli kita juga sering dikatakan lembap menjalankan tugas dan disamakan dengan haiwan ternakan. Perbuatan itu berkaitan dengan masalah mengambil cuti tahunan dan cuti sakit yang selalu dipertikaian hingga mengambil cuti tahunan dalam musim perayaan tidak dibenarkan akibat ketiadaan staff dakwa pengurusnya.

Jika cuti sakit pula, pengurus yang BERKUKU BESI itu akan menghantar pegawainya ke rumah staff yang bercuti sakit untuk melihat sendiri keadaanya. Ada satu keadaan di mana ibu kepada pesakit (staff) juga diugut.

Oleh demikian, pihak kami akan bertindak dalam usaha menghentikan tindakan ini iaitu memberikan tunjuk ajar kepada IRC di situ untuk memfaikan “Grievance Letter” Artikal 4 Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE dalam masa terdekat supaya keadaan tidak bermoral ini tidak berterusan oleh pengurus di situ.

Laporan Gempur untuk NUBE Ipoh