Tags

, , , ,


Rumah Kesatuan, Ipoh – Kewujudan individu Mystery Shoppers di setiap bank amat membimbangkan semua kakitangan perbankan di Malaysia. Ia merupakan Barah yang kini sedang aktif dan giat merebak ke sektor perbankan negara. Wujudnya individu ini adalah disebabkan bank – bank di negara ini melantik sebuah “Syarikat Outsourcing” melakukan kerja – kerja audit keatas kakitanganya sendiri berkaitan produk – produk perbankan, kebersihan premis bank, kelakuan kakitangan hinggakan kekemasan pakaian kakitangan bank.

Ikuti clip video ini yang mengesahkan rakaman eksklusif antara pengurus dan IRC yang berbincang siapakah individu yang dikaitkan dengan “Mystery Shopper”.

Mereka yang hadir ke setiap cawangan bank diarah mencari kesalahan kakitangan perbankan walhal mereka bukan kakitangan bank. Waktu kehadiran mereka selalunya pada waktu makan tengahari antara jam 12 tengahari hingga pukul 3 petang. Pada masa ini kebanyakan kakitangan keluar untuk makan tengahari dan pada masa inilah pelanggan bank memenuhi “banking hall” untuk urusan kaunter.

Apa yang paling tidak adil adalah mereka memberikan laporan yang tidak tepat seperti bertanya soalan – soalan yang tidak mampu dijawab teller atau pun pegawai bank ketika melayan karenah pelanggan yang pelbagai kelakuan. Dalam masa yang sama, teller perlu pantas dan efektif menekan butang memanggil pelanggan (QMS) supaya sasaran pencapaian melayan pelanggan dicapai setiap bulan.

Laporan yang selalu diberikan kepada pihak bank dari mereka ini adalah kakitangan tidak senyum, tali leher senget, tidak ucap selamat datang dan sejahtera, tidak berterima kasih semasa pelanggan meninggalkan kaunter, tidak berdiri memberi sambutan ketika pelanggan menghampiri kaunter dan lain – lain merupakan tindakan penghakiman sendiri “mystery shopper” ini tak kala pihak bank sendiri pun lebih mempercayai mereka ini berlebihan daripada kakitangan sendiri.

Amat mengecewakan laporan mereka ini diambil bulat – bulat pihak bank dan seterusnya pihak bank mengeluarkan nama – nama kakitangan yang gagal menepati standard yang diletakkan pihak bank melalui email ke setiap pengurus bank bahkan ada juga dimalukan dan dimarahi oleh pihak pengurusan bank, pengurus cawangan dan juga pengurus wilayah.

Kalangan Mystery Shopper ini terdiri daripada orang – orang muda yang tidak tahu perjalanan perbankan tanahair. Mereka dari syarikat luar ini hanya mengikut garis panduan bank – bank yang mereka dilantik sebagai ejen mengenakan kakitangan sendiri. Ianya mengundang rasa kecewa kakitangan bank dilayan oleh pihak majikan sebegini.

Apa yang wujud kini disebabkan persekitaran perbankan tanahair yang amat bersaing semasa sendiri hingga mengganggu dan menggugat pekerja perbankan. Kesanya adalah tiada lagi penghargaan kepada kakitangan dan nilai kepercayaan kepada kakitangan sendiri seperti peribahasa menyebut “Kera hutan disusukan…anak dirumah mati kelaparan”

Sekian Laporan Gempur untuk Wagra NUBE