Tags

, , , , ,


Rumah Kesatuan – Hampir pasti Adegan Tarik Rambut akan berlaku di dalam perusahaan perbankkan yang profesional jika sesuatu tidak diperlakukan untuk membendung masalah “Sales” yang mencetus salah faham dan pergaduhan sesama ahli kesatuan NUBE.

Tinjauan Ipoh Gempur ke semua bank khususnya di Bidor menceritakan apa yang dimaksudkan dengan perbalahan dan perkelahian sehingga mengheret situasi “Tarik Rambut” antara dua gadis jelita “KONG” dan”CAT”. Gambaran yang buruk akibat LG (Lead Generator) atau Referal bukan sahaja dikejar bahkan berebut antara kakitangan yang tinggi tahap keprofesionalnya.

Sebagai contoh di Bidor ada seorang kerani akan merekod di dalam buku Register sesiapa sahaja yang membuat jualan seperti ASB, Kad Kredit, Insuran dan lain – lain tetapi beliau nyatakan di dalam buku berkenaan namanya sahaja bahkan berebut – rebut mahukan LG tanpa mempedulikan kerjasama dari ahli NUBE dan kakitangan lain. Selain itu, usaha perebutan ini SALES ini bukan dilakukan dengan terang – terangan bahkan ada juga secara sulit seperti menukar PF atau ID no staff daripada empunya LG awalan kepada pemilik baru tanpa pengetahuan.

Merugikan adalah pihak – pihak yang jujur bertungkus lumus menerangkan produk – produk perbankkan kepada pelanggan bank tetapi atas dasar penipuan profesional segelintir ahli – ahli NUBE dan kakitangan bank yang mengambil kesempatan “Menangguk di air keruh”.

Namun dalam keadaan seumpama ini adakah pihak majikan mengetahui wujudnya permasalahan ini di peringkat bawahan. Tiada sesiapa yang mahu menunjukkan sikap mengadukan hal ini kepada majikan atasan, masing – masing terutama pengurus dan penolong pengurus mendiamkan diri perkelahian dan pertengkaran antara kakitangan berterusan asalkan cawanganya mencapai TARGET diingini.

Bermasam muka dan iri hati akan terus subur antara Cik “KONG” dan “CAT” yang merupakan ahli NUBE di Bidor sedangkan setiap tahun hasil perjuang mereka kearah SALES semakin bagus untuk cawanganya yang telah berjaya menjadi cawangan contoh dalam Malaysia pada bulan Julai 2012 yang lalu.

Inilah berkat pihak majikan menggalakkan ahli kita menceburkan diri dalam SALES demi mewujudkan sentimen perpecahan diantara ahli NUBE supaya NUBE dipandang serong oleh ahlinya sendiri bukan sebuah kesatuan memayung ahlinya untuk bersatu dalam setiap masa.

Akhirnya jika sampai “Tarik Rambut” pun boleh berlaku, ia menunjukkan majikan hanya mengejar apa yang mereka mahu manakala membiarkan masalah terus merebak….

Sekian Laporan NUBE Ipoh Gempur