Tags

, , , , ,


Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

  • Memelihara cara hidup demokratik

  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama

  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak

  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan

  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  • Keluhuran Perlembagaan

  • Kedaulatan Undang-undang

  • Kesopanan dan Kesusilaan

    Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!….

    Terima kasih dan kredit kepada “leekimchuan” pemuat naik video ini…

    Laungan keramat 55 tahun yang sudah oleh Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di 2 lokasi di Dataran Pahlawan Melaka dan Padang Kelab Selangor kini Dataran Merdeka setelah pulang dari London, England menuntut dengan penjajah British mendapatkan hak rakyat untuk bebas daripada telunjuk Orang Putih ketika itu.

    Hingga kini setelah 55 tahun penjajah Inggeris telah meninggalkan kita tetapi kesan penjajahan 500 tahun lampau bermula kejatuhan Empayar Melaka dirampas oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun telah meninggalkan kesan penjajahan minda kepada semua orang yang ingin terus mengekalkan kuasa dan pengaruhnya.

    Ianya tak kira apa – apa fahaman politik, agama, pertubuhan bahkan kesatuan menjajah minda seseorang untuk mengawal dari orang lain berdasarkan sesuatu yang matlamat tidak pasti demi untuknya mengekalkan kuasa, amat bertentangan dengan prinsip hak asasi manusiawi.

    Bayangkan dalam zaman siber yang meluas kini khususnya seorang penulis, keupayaan penulis  berhujah amat bagus sekali dengan platfrom diinternet yang tumbuh meriah kini, mendorong seseorang melontarkan hujah perdebatan pada tahap semua orang ingin tahu dan ingin mengetahuinya.

    Jadi, ia telah menggugat mana – mana orang yang ingin terus berkuasa dan pengaruh untuk bertahan dan seterusnya bertindak balas dengan menghalang dan menghentikan hujah – hujah baik mereka ini daripada sampai kepada pembaca diluar kotak pemikiran seorang penulis.

    Demikian itu, dimanakah kebebasan bersuara dan hak individu jika perbuatan penulis menyampaikan sesuatu hujah yang baik disekat? Tulisan kami tidak diminta untuk diiktiraf tetapi jangan berkata “ITU TIDAK BOLEH”…”INI TIDAK BOLEH”

    MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!…

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 55