Tags

, , , , , , , , , ,


Sungai Siput, 30 Ogos 2012 – Bertempat di Persatuan Hang Kan NUBE Ipoh telah berjaya meraikan Rumah terbukanya untuk pusingan kedua untuk ahli NUBE khusus kawasan Sungai Siput dibawah pengawasan Sdra penulis sendiri (Rizal Yob Ipoh).

Kali ini, jemputan Rumah Terbuka  NUBE Ipoh di Sungai Siput telah juga menjemput ahli – ahli NUBE dari daerah Kuala Kangsar, Lenggong, Chemor dan Klebang untuk turut sama menjayakan dan memeriahkan suasana Hari Raya yang telah diraikan oleh umat Islam di Malaysia seminggu yang lepas.

Ternyata, kehadiran yang baik ditunjukan dengan kehadiran ahli -a hli NUBE yang pelbagai bangsa hadir memberikan komitmen terhadap kesatuan NUBE yang tercinta. Majlis yang meriah ini dimeriahkan lagi dengan ucapan alu – aluan dari Sdra Ahmad Daman huri selaku wakil NUBE Ipoh memberikan sepatah dua kata dalam ucapan ringkasnya itu.

Rumah terbuka  ini telah mengeratkan silaturrahim bukan sahaja NUBE dan AJK Ipoh bahkan acara suai kenal antara ahli NUBE setempat iaitu dari RHB Bank, Maybank dan Public Bank. Bermacam perbincangan dan isu – isu yang dibangkitkan anatara anhli ketika bersuai kenal dan beramah mesra dapat dilihat sewaktu Rumah Terbuka ini dijalankan.

Pihak penganjur telah menjamu makanan kegemaran dalam Jamuan Rumah Terbuka ini seperti “Lemang Power” yang dibawakan khas dari Pulau Mentimun, Sungai Siput, Rendang Pedas Ayam, “Rendang Malbari Ustaz Teh” dan pelbagai menu yang sedap dihidangkan sebagai pembukan selera tetamu yang hadir. Ada antara ahli kita yang membawa hidangan menarik ini dibawa balik ke rumah kerana  komen mereka makanan yang disediakan amat menyelerakan.

Tetamu yang gembira dengan penganjuran Rumah Terbuka NUBE Ipoh di Sungai Siput kagum dengan semangat NUBE Ipoh untuk terus berbakti kepada ahlinya walaupun mereka hadir dari tempat yang berjauhan.

Sekian Laporan Ipoh Gerak Gempur (IGG) untuk NUBE