Tags

, , , , ,


Selasa, 11 September 2012 – Bertempat di bangunan MTUC bahagian Perak pihak MTUC Perak telah menganjurkan Jamuan Khas Hari Raya Aidilfitri buat semua gabungan kesatuan sekerja di dalam negeri Perak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat MTUC bahagian Perak.

Tujuan diadakan sambutan ini adalah mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan kesatuan yang bernaung di dalam MTUC bahagian Perak supaya agenda penyatuan kesatuan di dalam negeri Perak terus subur dan mekar seterusnya menambahkan kekuatan kepada MTUC dalam mempertahankan hak – hak pekerja di Malaysia terutama di negeri Perak.

Kali ini lebih 20 kesatuan telah menghadirkan diri di dalam jamuan khas ini dan bagi pihak pegawainya mengucapkan syabas dan terima kesih keatas kehadiran wakil – wakil gabungan yang ramai yang hadir memberikan kemeriahan sambutan Hari Raya Peringkat MTUC bahagian Perak.

Pelbagai juadah disediakan oleh MTUC bahagian Perak seperti lemang, rendang, lontong, ketupat nasi dan lain – lain lagi. Disamping itu ada antara wakil gabungan yang telah membawa aneka biskut raya di dalam jamuan ini. Semoga kemeriahan Syawal ini berterusan pada setiap tahun dan merupakan acara tahunan bagi MTUC bahagian Perak.