Tags

, , , ,


Kawasan Ipoh, 19 September 2012 – Sambutan yang baik hadir pada pertemuan dan lawatan NUBE Ipoh Gempur kedua buah bank disekitar Ipoh. Rata – rata ahli terkejut dengan kedatangan kami yang tidak disangka – sangka menemui mereka yang sedang sibuk melayan pelanggan di kaunter.

Kami yang hadir seramai 5 orang disambut istimewa oleh bekas AJK cawangan Ipoh iaitu Sdra Osman Abdullah yang telah dinaikan pangkat ke pegawai sejak awal bulan ini yang lalu. Disini juga kami dihujani pelbagai soalan – soalan ahli yang bertanyakan bermacam masalah mereka dan yang sudah pasti adalah perbincangan Perjanjian Kolektif antara pihak bank dan NUBE.

Sebelum kami meninggalkan cawangan berkenaan kami sempat berjumpa dengan pengurus iaitu Pn Rozi membincangkan perkara – perkara berkaitan kesatuan dan juga ahli – ahli di cawanganya itu. Selain itu, ahli -a hli di cawangan ini meminta kami mengadakan perlantikan IRC (Inter Relation Committee) yang baru bagi menggantikan IRC yang terdahulu yang telah dinaikan pangkat sebulan yang lepas.

Cadangan mereka itu kami terima dan meminta mereka mengadakan mesyuarat dalaman antara ahli – ahli dan kemudian menjemput kami pada hari dan tarikh akan datang supaya perlantikan itu dihadiri oleh kami semua.

Selepas sahaja kami dicawanga berkenaan, Gerak Gempur Ipoh menuju ke detinasi      cawangan bank kedua di Jelapang dan setibanya kami disitu kami menerima sambutan baik juga daripada ahli – ahli yang ingin mengenali kami secara dekat.

Kami telah diberikan ruang untuk menjalankan mesyuarat oleh pihak pengurusan bersama ahli NUBE dan serentak itu NUBE Ipoh diberikan mandat oleh ahli – ahli untuk menjalankan proses perlantikan semula IRC (Inter Relation Committee) di cawangan berkenaan berikutan Pengerusi IRC disitu telah dinaikan pangkat hampir setahun yang sudah.

Saudara Ahmad Daman huri yang bertindak sebagai pengerusi mesyuarat telah menjalankan undian dan dalam pada itu beliau menberikan sepatah dua kata sambil memperkenalkan barisan Gerak Gempur Ipoh yang hadir.

Ternyata akhirnya kami telah mengembalikan keyakinan ahli kepada NUBE Ipoh bahawa NUBE akan menjaga kebajikan ahlinya disamping menjaga hubungan baik anatara majikan dan kesatuan.

Sekian laporan Gerak Gempur untuk berita NUBE…