Tags

, , , , , , , , , , ,


Teluk Kemang, 14 – 16 September 2012 – Atlit NUBE berkumpul sekali lagi dalam penganjuran terunggul Karnival Sukan Kebangsaan NUBE di Pusat Latihan NUBE menghimpunkan ahli – ahli NUBE dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk bersukan sambil menyegarkan minda daripada tekanan majikan.

Kontijen yang hadir daripada

  • Pulau Pinang, Kedah, Perlis (PKP) diketuai oleh Sdra Jamil

  • Perak (Ipoh) diketuai oleh Sdra Chen

  • Kuala Lumpur, Pahang, Selangor (PKP) diketuai oleh Sdra J Solomon

  • Seremban, Melaka, Johor (SMJ) diketuai oelh Sdra Michael

  • Kelantan, Terengganu (Kelantan) diketuai oleh Sdra Oui

Dengan semangat kesukanan yang tinggi bertaraf dunia semua pasukan yang bertanding iaitu Bolaspak 9 sebelah, Bola Jaring dan Karom menyajikan persembahan bersemangat kesukanan tinggi seperti atlit – atlit bertaraf dunia. Penyertaaan yang lebih menyatupadukan sesama ahli ini diharap dapat mengeratkan hubungan sialturrahim dan keakraban sesama ahli – ahli NUBE keseluruhannya melalui sukan.

Bagi NUBE Ipoh telah menghantar 3 pasukan bertanding dalam temasya sukan ini seperti

  • Bola Sepak – Pengurus Pasukan Sdra Shahril – Kapten Pasukan Sdra Saiful (Ciput)

  • Bola Jaring – Pengurus Pasukan Sdra Syukri – Kapten Pasukan Sdri Sarimah (Kak Emma)

  • Kerom – Pengurus Pasukan Sdra Ahmad Daman Huri – Kapten Pasukan Sdra Kamarol

Kesemua pasukan ini dikendalikan oleh seorang Pengurus Besar Pasukan di Ketuai oleh Sdra Ahmad Daman Huri bin Mohad Tahir manakala Pengerusi Sport dan Social Committee adalah Sdra Satwant Singh A/l Sarmukh Singh

Keputusan untuk pasukan NUBE Ipoh adalah seperti berikut:

  1. Pasukan Bola Sepak menduduki tempat ke 4 daripada 9 pasukan bertanding

  2. Pasukan Bola Jaring mendapat tempat ke 2 daripada 8 pasukan bertanding

  3. Pasukan Kerom tidak mendapat sebarang tempat, terkeluar pada pusingan kelayakan

U.P: Bagi pihak NUBE Ipoh pencapaian amat membanggakan adalah pasukan Bola Jaring menduduki tempat ke 2 kerana sepanjang penyertaan ke Karnival Sukan Kebangsaan inilah kali pertama mendapat kedudukan terbaik sejak 11 tahun yang lalu.

Acara dan peristiwa tahunan ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan OCPD daerah Port Diskson yang merasmikan temasya tahunan NUBE ditemani oleh Sdra Presiden dan Setiausaha Agung NUBE dan barisan Exconya sewaktu perasmian dijalankan.

Pada sebelah malamnya pula pihak penganjur telah mengadakan jamuan Makan Malam khusus kepada peserta – peserta yang hadir di dalam temasya sukan NUBE. Tetamu yang hadir telah dipersembahkan dengan persembahan menarik seperti lawak jenaka, tarian pelbagai budaya rakyat malaysia serta nyanyian lagu dari setiap cawangan NUBE yang telah disusun khas oleh penganjur untuk Jamuan Makan Malam bagi tetamu yang hadir.

Antara yang hadir ke jamuan ini adalah Presiden UNI-MLC Malaysia Yang Berbahagia Tuan Hj Safie BP Mammal bersama tetamu jemputan ditemani bersama Presiden dan Setiausaha Agong NUBE mengambil tempat dan menjamu selera bersama kontijen – kontijen yang hadir ke Karnival Sukan NUBE.

Hadiah – hadiah telah disampaikan kepada atlit – atlit yang telah memenangi acara yang telah mereka lalui pada sebelah pagi dan selepas itu tembakan bunga api di lancarkan tepat jam 12 tengah malam menandakan detik sambutan Hari Malaysia ke 49 tahun diluar perkarangan Pusat Latihan NUBE, Telok Kemang, Port Dickson.

Pencapaian yang terbaik daripada NUBE akan berterusan pada tahun hadapan 2013 bertemakan semangat “ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE”

CEMERLANG hanya dari Sukan NUBE

GEMILANG hanya dari Sukan NUBE

TERBILANG hanya dari Sukan NUBE

Sekian Laporan GERAK GEMPUR IPOH untuk NUBE Power!!!

# SILA KLIK/DOWNLOAD PADA FLICKR DI SEBELAH KIRI UNTUK MELIHAT GAMBAR – GAMBAR DI KARNIVAL SUKAN KEBANGSAAN 2012