Tags

, , ,


Oleh Mohamaed Syukri Mustapha

Ipoh, 10 Oktober 2012 – Sambutan amat baik daripada ahli – ahli NUBE kepada NUBE Ipoh yang diketuai oleh Sdra Chen Ka Fatt, Syukri dan Edwin pada perjumpaan dan pertemuan bermakna bersama ahli – ahli, pengurusan dan AJK NUBE cawangan Ipoh di cawangan Public Bank Jalan Yang Kalsom semalam mengambarkan keyakinan ahli terhadap NUBE masih kukuh dan subur.

Kehadiran hampir 60 orang ahli pada sesi pertemuan ini membidas anggapan sesetengah pihak bahawa NUBE hanya memfokuskan masalah berlaku di Maybank tanpa mempedulikan bank – bank lain terutama Public Bank. Ternyata sambutan seramai ini berkekalan dan meningkatkan perpaduan ahli antara satu sama lain.

Dalam hal berkaitan, selain sesi pertemuan dan perbincangan mengenai NUBE dan perjanjian kolektif yang sedang diperjuangkan oleh NUBE kepada pihak bank, ahli disini juga mengadakan sesi perlantikan IRC baru untuk penggal berikutnya. Hasilnya adalah dengan kehadiran NUBE Ipoh perlantikan IRC baru berjaya diadakan dan masih mengekalkan barisan lama yang sedia ada.

Syabas diucapkan kepada semua.

Laporan Gerak Gempur Ipoh (GGI) untuk NUBE