Tags

, , ,


04hb November 2012, Rumah Kesatuan – Bertempat di Wsima MTUC bahagian Perak penulis dijemput untuk hadir dan seterusnya merasmikan AGM tahunan kesatuan berkenaan setiap 3 tahun sekali. Kali ini kesatuan ini mengadakan pemilihan pucuk pimpinan dan telah dihadiri dengan ahli – ahli naungan yang ramai sekali membanjiri majlis berkenaan.

Dalam ucapan alu – aluan itu, wakil kesatuan MIEU Lysaght ini menyatakan kehadiran ahli yang bertambah dari pemilihan 3 tahun lepas membuktikan kesungguhan dan komitmen ahli – ahli dari MIEU Lysaght amat tinggi kepada kesatuan yang mereka wakili. Perkara ini disahkan sendiri oleh penulis kepada semua yang hadir bahawa kesedaran perkesatuan perlu ditingkatkan bukan sahaja pada diri seorang ahli kesatuan bahkan kepada rakan, keluarga dan juga anak – anak supaya mereka boleh dibela melalui penyertaan di dalam kesatuan sekerja dalam ucapanya sebelum merasmikan AGM kali ke 12 kesatuan MIEU Lysaght Ipoh.

Dalam ucapan lain dari Saudara Vijay dari IRO Pulau Pinang menjelaskan kepada ahli – ahli yang hadir mengenai perlaksanaan Gaji minima dan umur persaraan dari 55 tahun ke 60 masih dibincangkan oleh semua kesatuannya dan yang lain bersama – sama kerajaan tetapi tarikh perlaksanaan masih tidak boleh ditentukan lagi.

Hadir sama dalam Majlis ini adalah Pegawai Perhubungan MIEU dari Pulau Pinang Saudara Vijay beserta Pengerusi kesatuan Cempaka Raya Saudara Hishamuddin Saroji bersama – sama menjayakan majlis ini.

Pemilihan kali ini ahli – ahli dari kesatuan MIEU Lysaght masih mengekalkan barisan kepimpinan yang lepas hanya beberapa perubahan dilakukan kepada barisan ahli jawatankuasa kerja sahaja.

Penulis yang mewakili MTUC bahagian Perak mengucapkan syabas kepada yang mengekalkan jawatan dan tahniah kepada kepimpinan MIEU Lysaght Ipoh

Syabas diucapkan.