Tags

, , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

image

Selama, Perak 13hb November 2012 – Tajuk diatas semacam lagu Harimau Malaya team bola sepak Malaysia kendalian Dato’ K Rajagopal dalam menghadapi Piala AFF Suzuki pada sepak mula hari ini.

Namun, bukan itu yang dimaksudkan dan tujuan sebenar penulis menulis. Ia menceritakan semangat perpaduan ahli – ahli Nube di SELAMA, PERAK telah menyambut kedatangan GGI Nube Ipoh ke tempat mereka dengan berbesar hati sekali hingga sanggup meninggalkan kaunter seketika untuk berjumpa kami di “banking hall”.

image

Sejurus kemudian kami dijemput lagi dan diarah untuk memperkenalkan diri dan memberikan penerangan khas berkaitan Nube kepada mereka.

Sepertima yang dijanjikan, maka hadirnya ahli tepat jam 5:45 petang amat membanggakan kami kerana kebolehan ahli – ahli Nube di Selama menetapi masa ke mesyuarat khas Nube.

Pihak kami telah memberikan yang terbaik sewaktu mesyuarat dan keyakinan bertambah setelah kali terakhir pihak Nube menjenguk ahli-ahli disini sejak lapan tahun yang lepas, selalunya berhubung melalui telefon sahaja.