Tags

, , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

image

Lenggong, 15hb November 2012 – Setelah beberapa kali GGIT (Gerakan Gempur Ipoh Team) hadir ke sebuah cawangan tunggal di sini, inilah kali pertama kami berjumpa dengan “Otai” yang kami cari selama ini.

Selalunya otai yang dimaksudkan “Sdra Azizi” hanya menelefon cawangan Ipoh untuk mengetahui cerita Nube termasuk merekrut ahli – ahli baru yang baru menyertai bank.

image

Ternyata kehadiran kami jelas memancarkan wajah cerianya kepada kami kerana kedua-dua pihak mengenali antara satu sama lain. Berikutan itu, lantas Sdra Azizi terus sahaja memperkenalkan ahli baru untuk terus direkrut dan mendaftar sebagai ahli Nube.

Untuk pengetahuan pembaca, Sdra Azizi merupakan Irc yang bertanggung jawab menjaga cawanganya yang jauh dari Ipoh tetapi mempunyai jatidiri yang bersungguh-sungguh sejak dahulu lagi. Buktinya adalah sewaktu krisis kepimpinan Nube banyak sekali penyaluran maklumat darinya termasuk penubuhan kesatuan dalaman baru-baru ini