Tags

, , , ,


Oleh Shahril Saferi

(Ehsan dari Jurugambar Sam Kim Sun Junior)

image

Meru, Jelapang 28hb November 2012 – Bertempat di cawangan bank yang baru dibuka berhampiran gedung terkemuka Malaysia MyDin Mall disini kami dimaklumkan oleh ahli – ahli di cawangan ini, ada beberapa kakitangan yang berjawatan kerani belum menyertai kem NUBE.

Bertindak dari maklumat, GGIT (Gerakan Gempur Ipoh Team) telah mengunjungi cawangan berkenaan. Sasaran kami hadir adalah untuk berjumpa ahli yang telah memaklumkan perkembangan disitu. Namun, amat mengejutkan bagi kami apabila memasuki premis bank berkenaan kami disapa oleh En Anuar (ABM) bank itu yang dahulunya adalah penyokong kuat NUBE Ipoh satu ketika dahulu. Beliau dahulunya merupakan Sub Committee Ipoh pada zaman Pengerusi NUBE Ipoh terdahulu Saudara P Chaibala telah mencurah baktinya ke NUBE Ipoh pada masa tersebut.

Lanjutan pertemuan itu, urusan kami disitu bertambah mudah disebabkan bantuan yang hadir melalui En Anuar ini. Sememangnya ada ahli yang belum menyertai kem NUBE dari bahagian “Auto Finance” di cawangan ini. Oleh itu, kami telah mempromosikan kesatuan NUBE ini untuk mereka masuk mendaftar sebagai ahli dengan menyediakan untuk mereka borang – borang yang telah mereka isikan dan dikembalikan kepada kami pada masa yang sama. 

Hadir sama dalam pertemuan istimewa ini adalah Saudara Chen Ka Fatt (Setiausaha Kehormat NUBE Ipoh) dan Ahli Jawatankuasa cawangan NUBE Ipoh Saudara Sam Kim Sun Junior (Jurugambar), Saudara Shahril Saferi

Laporan GGIT untuk NUBE