Tags

,


Oleh Rizal Yob Ipoh

image

image

Parit Buntar, 03hb Disember 2012 – Kedatangan pasukan kami kali ini adalah meningkatkan semangat juang ahli – ahli untuk hadir piket pada 15hb Disember 2012 di Menara MBC CIMB Kuala Lumpur.

Pertemuan pertama bermula di Hong Leong Bank untuk berjumpa ajen khas Nube Sdra Azizi yang banyak menabur tenaga untuk Nube Ipoh.

Keduanya, kami bergerak ke Bank Islam dan selepas itu ke CIMB Bank serta Bank Muamalat. Kesemua bank – bank yang kami kunjungi mendapat perhatian semua ahli – ahli yang bertanyakan berkenaan Perjanjian Kolektif yang kini berada diproses mahkamah.

Di pertemuan singkat ini kami memaklumkan pada mereka bahawa mesyuarat ringkas petang ini diadakan di sebuah Restoran makan dibandar ini.

Dalam pertemuan ini, pihak kami mengulangi kenyataan Nube yang mengarahkan semua ahli – ahli Nube “Stop Sales”.

Selain daripada itu, banyak – banyak persoalan dilontarkan oleh ahli-ahli di Parit Buntar kepada kami yang dijelaskan oleh kami yang hadir.

Lihat ini sebagai sokongan dan meningkatkan semangat juang pada tarikh keramat 15hb Disember 2012 yang akan datang..saksikan

Laporan GGIT (Gerakan Gempur Ipoh Team) untuk Berita NUBE