Tags

, , , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh
image
image

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Perak – 04hb Disember 2012 @ 3 petang –  Kehadiran gabungan dalam MTUC bahagian Perak ke Majlis Suai Kenal Pegawai dan AJK MTUC Perak atas jemputan Pengarah Perhubungan Perusahaan Perak En Zaini dalam hari ini dalam sejarah telah berjaya mencatat satu kejayaan dan melangkah setapak kehadapan dalam memantapkan organisasi MTUC di Perak serta persefahaman lebih baik bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak, pihak kesatuan gabungan di Perak dan seterusnya MTUC keseluruhannya.

image

image

Sesi soal jawab yang amat harmoni yang dapat di jalankan hari ini membolehkan AJK MTUC Perak lebih rapat dengan Jabatan ini. Ini terbukti dengan komunikasi yang diberikan dan diterima baik oleh pihak kesatuan dan pegawai MTUC sepanjang sesi dialog yang berlangsung selama 2 jam itu.

Antara yang disentuh dalam sesi suai kenal ini banyak sekali isu – isu utama mendapat perhatian kedua – dua pihak seperti perlaksanaa gaji minima, perlaksanaan umur persaraan ke 55 tahun ke 60 tahun, kebanjiran pekerja asing dan pemantauanya serta “Job Scope”, pertukaran jawatan oleh majikan yang melanggar peruntukan dalam perjanjian Kolektif dan Pertikaian di Seksyen 18 (Akta Perhubungan Perusahaan 1969).

image

Namun, timbul juga isu – isu serius yang mendapat perhatian dan penjelasan berkenaan surat – menyurat dan jemputan yang tidak disampaikan kepada MTUC bahagian Perak oleh pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak (JPP) sejak kebelakangan ini. Setelah dijelaskan, harapan kedua – dua pihak supaya perkara yang sama tidak berulang kali pada masa akan datang.

Pihak MTUC dalam masa yang sama mencadangkan kepada pihak image

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak supaya mengadakan seminar/bengkel mengenai Peningkatan Keharmonian di tempat pekerjaan yang dikendalikan sendiri oleh pihak Jabatan ini. Lanjutan cadangan ini, pihak jabatan melaluinya pengarah telah bersetuju diadakan aktiviti berkenaan pada tahun hadapan 2013 dan pada masa yang sama Pengarah menyeru supaya pihak MTUC bahagian Perak kerap berhubung dan berjumpa dengan Jabtan ini supaya keharmonian pekerjaan boleh terjamin khususnya dalam negeri Perak ini.

image

Pengarah dalam kenyataan menyebutkan kepada mesyuarat supaya mengelakan sebarang unsur ketidak keharmonian di tempat kerja dan sekiranya ianya berlaku juga diminta merujuk kepada pihaknya seberapa segera supaya ianya tidak menjadi pertikaian yang berlanjutan menurutnya kepada yang hadir.

Sekian Laporan Gerakan Gempur Ipoh Team (GGIT) untuk berita terkini Union/NUBE/MTUC