Tags

, ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

image

Jabatan Tenaga Kerja, Ipoh – Tempoh hari kami dikelirukan oleh seorang hamba serani seperti gambar diatas dalam pertemuan menakjubkan bagi kami yang hadir disitu.

Amat mengelirukan apabila kami sampai kaunter pertanyaan JTK, Ipoh, penyambut tetamu berkata “Ok, encik boleh berjumpa En Nai sekarang di biliknya” katanya kepada kami.

Sangkaan kami adalah En Nai yang dimaksudkan adalah En Naim, numun jangkaan kami meleset, bahkan penulis sendiri ucapkan “Assalamualaikum” dan di sapanya kembali dengan ucapan “Selamat Petang”.

Aduhai malu rasanya tetapi En Nai Mun Kun berketurunan Siam ini cukup mesra hinggakan beliau memperkenalkan dirinya kepada kami sekaligus menutup rasa malu terhadap diri sendiri.

Dalam perkara berkaitan, tujuan MTUC Bahagian Perak ke Jabatan ini adalah bertujuan bersuai kenal dengan Jabatan ini disamping menetapkan tarikh sesuai untuk mengadakan perjupaan khas antara pegawai MTUC Bahagian Perak dan juga pihak Jabatan Tenaga Kerja.

Menjadi harapan kami dengan hubungan terjalin maka objektif perjuangan kaum pekerja di Perak diberikan perhatian oleh pihak Jabatan ini bersama -sama MTUC bahagian Perak.

Dalam pertemuan berlainan, pihak kami juga berpeluang bertemu dengan pengarah daripada Jabatan Hal Ehwal Keaatuan Sekerja negeri Perak En Syukri.

Kami dengan harapan besar MTUC bahagian Perak dapa juga diadakan perjumpaan rasmi antara pegawai dan Ajk MTUC bahagian Perak bersama Jabatan ini.

Sesungguhnya lawatan kami ini dalam hari ini dalam sejarah telah mengukir gambaran jelas kepada jabatan yang kami temui ini akan kewujudan dan peranan MTUC bahagian Perak serta membidas pihak – pihak tertentu yang berpendapat MTUC bahagian Perak tidak wujud.

Laporan Gempur untuk berita NUBE