Tags

, , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

(dikemaskini semula 18.12.2012)

image

(Untuk lihat gambar – gambar lain boleh lihat di ruangan flickr disebelah kiri blog ini)
 

Menara Cimb (MBC) Jalan Raja Laut, 15.12.2012 dari 1000 – 1300 – Menarik disini semalam adalah Karnival Piket Kebangsaan Nube bertajuk “Oppa Gangnam Style” kerana merayakan majikan yang menjuarai tindakan penzaliman dan penindasan pekerjanya sendiri di bumi yang kaya iaitu Malaysia.

2000 orang yang sedang gelak tawa, sorak sorai,menjerit, melaunglan semangat juang serta tari menari memberi gambaran bahawa pemiket yang hadir amat marah dan tertekan dengan tindakan majikan yang menyediakan suasana kerja tidak harmoni sekali.

Hingga saat akhir pun majikanya masih belum mengkreditkan bonus 2 bulan tetap kepada yang berkenaan. Sampai lewat malam semalan barulah diperolehi bonus tetap itu pada yang berkenaan.

Namun, bukan satu perkara sahaja yang dipertikaikan untuk majikan ini tetapi banyak isu – isu lain iaitu penganiayaan kepada ibu hamil, melambatkan proses Ca hingga dibawa ke mahkamah dan bermacam – macam yang lain.

Sungguhpun lautan merah di perkarangan bank ini dihujani hujan renyai – renyai, para pemiket tetap tidak berganjak hingga tamat piket 3 jam dilaksanakan.

Untuk pengetahuan pembaca, kehadiran pemiket dari semua negeri di Semenanjung Malaysia dengan bus – bus dari negeri Perlis, Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Baharu, Melaka, N Sembilan dan Lembah Kelang menambah kemeriahan suasana karnival piket penutup tahun 2012.

Turut sama memeriahkan Karnival Piket Kebangsaan ini adalah kehadiran orang vateren MTUC iaitu Sdr Shafie BP Mammal yang juga Presiden UNI MLC Malaysia. Selain itu, kelihatan juga gabungan MTUC yang lain seperti Sdra Siva, Maniam dan Azhar.

Diharap isu – isu yang wujud dapat diatasi dengan segera majikan berkenaan seperti laungan Perdana Menteri 1Malaysia kita “Janji Ditetapi” “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” supaya selari dengan aspirasi kerajaan.

Perhatian pembaca semua, Liputan mengenai isu di bank ini boleh dilihat juga

1. http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/12/sebab-kakitangan-cimb-piket-didedahkan.html

2. http://www.sinarharian.com.my/semasa/kira-kira-1-000-pekerja-bank-berpiket-depan-menara-cimb-1.112848 

Laporan GGIT untuk NUBE