Tags

, , ,


Oleh Rizal Yob Ipoh

image

Kemunting, 26 Disember 2012 – Kedatangan kami disambut gembira oleh ahli – ahli di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Malangnya kami dilayan kurang senang oleh seorang pengurus berhati hitam kerana menganggap kedatangan kami tidak dijemput hadir ke banknya.

image

Manager yang kurang senang dengan perjumpaan dengan Irc dibank ini amat gelisah dengan permintaan kami untuk bertemu ahli – ahli dibanknya. 

image

Cadangan untuk pertemuan ahli – ahli akhirnya mendapat persetujuan manager itu tetapi banyak persoalan yang bercanggah ditimbulkan olehnya mengambarkan beliau sengaja memutar belitkan keadaan sebenar terutama layanan ke atas kakitangan bawahanya.

image

Keadaan ini diperkuatkan lagi setelah kami bertanyakan ahli – ahli beberapa dakwaan yang ditujukan kepada ahli – ahli di situ. Dakwaan tidak berasas dan salah telah manager nyatakan kepada kami sebelumnya dan tidak munasabah, segera ditegaskan oleh kakitanganya yang juga ahli Nube disini bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Ini menunjukkan manager terbabit hanya mereka cipta cerita sambil memutarbelitkan fakta.

Mesyuarat yang berakhir sejam selepas itu mencapai kata sepakat oleh Irc untuk dibincangkan semula dan difailkan kes terhadap manager yang berhati hitam itu.

Semoga diharapkan ada perkembangan positif melihatkan kebangkitan yang ditonjolkan oleh ahli – ahli disini selepas mesyuarat ini diadakan.

Laporan Gempur untuk Nube