Tags

, , , ,


image

Taiping, 02 Januari 2012 – Bagai seekor Ayam betina bertelor sebijik riuh sekampung tetapi beliau @ manager kecut bagaikan tikus dikejar kucing adalah gambaran seorang manager yang kami jumpa hari ini di sebuah bank yang menjuarai perbankan islam di Malaysia.

Sebenarnya kami hadir ke bank tersebut untuk bertemu dan beramah mesra dengan ahli – ahli Nube serta mengeratkan keharmonian industri antara Nube Ipoh dan bank berkenaan.

image

Walau bagaimanapun, kami tidak dilayan sebagai tetamu atau pelanggan malah dihambur dengan “cakap – cakap belakang” yang kurang enak didengar. Sifat kurang ajar manager itu terserlah lagi sehingga tidak disapa atau dijemput ke biliknya untuk suai kenal.

Lebih daripada itu, manager ini menegur penolong pengurus iaitu tidak menghalang kami masuk ke banking hall dan tidak membuat temujanji rasmi bersamanya mengikut kata penolong pengurus.

Untuk pengetahuaan semua, kami pada sebelumnya hadir dibeberapa pusat membeli belah untuk mengedarkan risalah CIMB di sekitar Kamunting dan Taiping atas arahan Nube Ipoh

Laporan GGIT untuk berita Nube